Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Pertama Sekali dalam sejarah BN tiru manifesto pembangkang secara muka tak malu..!!!

$
0
0
Manifesto BN cedok idea PR?
HAMIZAH BASIR
8 April 2013
PRU13

SEREMBAN – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, menggambarkan kegagalan kerajaan BN dalam menangani masalah rakyat.Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, sepanjang tempoh 55 tahun BN memerintah kerajaan, negara masih ditakuk lama dan gagal mencapai status negara maju.

“Manifesto BN masih membicarakan perkasa asas seperti menaik taraf jalan raya, bekalan air, perkhidmatan pengangkutan awam, rumah mampu milik dan sebagainya.

"Ini membuktikan kegagalan BN dan Umno dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat dalam tempoh 55 tahun mentadbir negara,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, manifesto BN juga telah mencedok manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang dibentangkan pada 25 Februari lalu.
“Apa yang telah dibentangkan PR sebelum ini diciplak oleh BN. Antaranya ialah penurunan harga kereta dan tol, pengeluaran permit teksi individu, rumah mampu milik dan lain-lain lagi.

“Idea kami telah ditiru BN dan ini menunjukkan BN bimbang dengan kekuatan manifesto PR,” katanya.

Mohd Taufek berkata, beliau yakin rakyat menolak manifesto BN berbanding manifesto PR yang dilihat mampu membela rakyat.

“Saya yakin rakyat akan memberi peluang kepada PR mentadbir negara dan menolak sekeras-kerasnya BN pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, manifesto PR menawarkan lebih banyak kebaikan kepada rakyat berbanding manifesto BN.

“Manifesto kita menekankan aspek pendidikan percuma yang mengandungi tiga perkara iaitu yuran pengajian percuma, pemberian biasiswa kepada pelajar sebagai RM500 sebulan dan menghapuskan yuran PTPTN yang melibatkan 400,000 pelajar.

“Kita juga akan mengurangkan harga minyak sekali gus mampu mengurangkan kenaikan harga barang dan kos hidup rakyat,” katanya.

Menurutnya, penurunan harga minyak, barang, kereta dan rumah mampu menjimatkan perbelanjaan bulanan rakyat sebanyak RM1,000 ke RM1,200.

“BN hanya memberi bantuan one-off iaitu BRIM sebanyak RM1,200 setiap keluarga sedangkan manifesto kita mampu menjimatkan kos hidup rakyat kira-kira RM10,000 setahun.

“Penjimatan ini lebih baik daripada bantuan one-off yang dilaksanakan BN. Hasil penjimatan tersebut boleh digunakan rakyat untuk simpanan dan keperluan lain,” katanya.

Mohd Nazree berkata, manifesto PR mampu menawan hati rakyat sekali gus memberi manfaat kepada kehidupan rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707