Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Isu cek tendang sekolah tamil - exco tampil beri penjelasan...!

$
0
0
Berlaku kesilapan teknikal pada cek

ALOR SETAR – Berlaku kesilapan teknikal pada cek yang diserahkan kepada 58 sekolah Tamil di Kedah, di mana tarikh adalah akhir Disember 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Dato’ S. Manikumar mengakui kesilapan tersebut berkata, sumbangan ini adalah untuk tahun 2012, sepatutnya diberikan tahun lepas, tetapi disebabkan beberapa masalah, ianya lambat diedarkan.

“Saya minta maaf atas kesilapan ini, ianya adalah kesilapan teknikal, di mana tarikh telah luput, ini tak bermakna kita (kerajaan negeri) tak ada duit dalam akaun.

“Jadi kepada mana-mana sekolah yang punyai cek seperti ini diminta tampil ke pejabat saya untuk mendapatkan cek yang baru.” ujar beliau ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau meminta mana-mana pihak yang berniat untuk memburukkan kerajaan negeri, diharapkan hentikan kerja kotor ini.

“Menjelang pilihan raya ini macam-macam perkara boleh berlaku, pelbagai fitnah boleh dilakukan bagi menjatuhkan seseorang,” ujar beliau.

Sumbangan kepada sekolah-sekolah Tamil adalah bantuan tahunan daripada kerajaan bagi membantu pembangunan pendidikan di Kedah.

Selain itu, kerajaan negeri juga meluluskan hak penggunaan tanah pertanian selama 30 tahun kepada sekolah-sekolah Tamil, Cina dan Sekolah Agama Rakyat untuk dibangunkan secara usahasama dengan GLC yang dilantik bagi menjana pendapatan sekolah tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Latest Images