Dalam menjalankan tugas harian sesebuah kerajaan tempatan, tindakan harus diambil terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang. Namun demikian, apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang selalu diputar-belit sebagai penindasan terhadap orang Melayu,sedangkan tindakan yang diambil tidak pernah disasarkan ke atas peniaga Melayu semata-mata.
Mengikut perangkaan MPPP, pada tahun 2009 tindakan telah dikenakan terhadap 1,737 penjaja Cina, 815 penjaja Melayu dan 247 penjaja India kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Pada tahun 2008 pula, 1,082 penjaja Cina, 785 penjaja Melayu dan 196 penjaja India dikenakan tindakan.
Jelas tiada unsur perkauman dalam tindakan yang telah diambil. Tambahan pula, biasanya pemilik gerai yang terpaksa diroboh akan ditawarkan tapak alternatif yang berdekatan.
Berikut adalah beberapa kes yang telah dihebohkan dalam media massa utama milek BN:
>Kafe Do Re Mi
Pemilik tidak mempunyai permit dan telah membina struktur haram atas pokok yang mengancam keselamatan awam. Untuk mengelakkan kemalangan, pihak berkuasa tempatan MPPP terpaksa mengambil tindakan ke atas gerai tersebut. Gerai alternatif telah disediakan di Bayu Senja, Batu Feringghi namun pemilik enggan menerimanya.
>Gerai 3N Ikan Bakar
Gerai tidak berlesen dan merupakan struktur haram di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum gerai asal dirobohkan.
>Kes Taman Pelangi
Kerajaan Negeri dituduh menzalimi peniaga-peniaga Melayu. Daripada 22 gerai tanpa lesen dan berstruktur haram yang telah diroboh, hanya 4 merupakan gerai milik Melayu. Terdapat juga gerai-gerai milik Cina dan India, tetapi selebihnya milik warga asing yang berniaga secara haram.
Selama beberapa tahun, terdapat aduan daripada penduduk-penduduk kawasan tersebut tentang kegiatan-kegiatan haram, termasuk pelacuran, yang makin berleluasa sampai kawasan itu diberi nama ‘mini Hadyai’. Ini menyebabkan MPSP mengambil tindakan tegas untuk ‘membersihkan’ kawasan tersebut.
Apa-apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap gerai-gerai yang melanggar undang-undang adalah tindakan yang wajar dan langsung tidak berunsur perkauman.
Benarkah Perarakan Maulud Nabi Tidak Dibenarkan Di Pulau Pinang?
Bukan sahaja perarakan Maulidur Rasul dibenarkan, malah perayaan Maulidul Rasul disambut dengan lebih meriah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Cerita kononnya perarakan telah dibatalkan Kerajaan Negeri adalah fitnah yang dilakukan oleh UMNO.
Adakah Sistem Tender Terbuka Yang Dilaksanakan Di Pulau Pinang Mengabaikan Kontraktor Melayu?
Sistem tender terbuka untuk segala kerja pemerolehan dan pembekalan kepada Kerajaan Negeri yang dilaksanakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah membuka peluang untuk banyak kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang walaupun layak.
Di bawah sistem BN dahulu, hanya kontraktor Melayu yang mempunyai kabel atau merupakan kroni-kroni UMNO sahaja yang mendapat habuan.
Dengan sistem tender terbuka, kontraktor-kontraktor Melayu telah pun membuktikan daya saing mereka dengan memenangi lebih 70% daripada kesemua projek dan kontrak Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu memang berdaya saing dan mampu berjaya atas usaha sendiri.
Adakah Pakatan Rakyat Menjadi Punca Melayu Miskin di Pulau Pinang?
Pakatan Rakyat baru mentadbir Pulau Pinang selama empat tahun lebih. Berbagai usaha untuk membantu orang miskin serta menaikkan taraf hidup kesemua warga negeri giat dilaksanakan. Sudah tentu tidak masuk akal jika dipersalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedangkan BN (dan Perikatan) telah memerintah Pulau Pinang sejak tahun 1959.
Sejak pelaksanaan DEB, kerajaan BN Pulau Pinang telah diberikan prasarana pembangunan khusus untuk Melayu semata-mata, melalui Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Koperasi Gabungan Negeri, selain bantuan dana kepada badan-badan seperti Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan berkaitan. Tetapi Melayu di negeri itu masih tetap miskin. Tentunya masalah ini berpunca daripada UMNO/BN.
~~~
Sourse> Ubah