Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

"Kesimpulannya BN nak kena jadi pembangkang jugaklah di Kedah 2013 ni..."

$
0
0

BN masuk gelanggang di Kedah sebagai pemenang dan akan keluar gelanggang sebagai orang kalah? Mengapa? Mai dengar rahsia dari orang dalam UMNO sendiri...


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Hampir sejam menghabiskan masa di kedai catok Taman Wira Mergong pagi ni, bersembang dengan seorang kawan rapat MK sejak zaman tok nadork walaupun dia adalah aktivis UMNO dari kem uk uk ukk (takleh habag, kena jaga jugak sumber maklumat ni). Syoknya bersembang dengan orang UMNO akhir-akhir ini ialah depa tak simpan-simpan segala rahsia parti, habih diluahkan dengan terus terang.

Mula-mula katanya, ikut maklumat bilik Gerakan UMNO... BN boleh menang di Kedah sekurang-kurang 22 kerusi (emmm, betoi ke ni... dok ingat dalam ati) tapi masalah besar yang memecahkan kepala pemimpin BN ialah adalah selepas calon BN diumumkan nanti.

"Daripada 22 tu, paling koman 6 kerusi DUN akan hilang comfirmed!" katanya.
Oii jangan kata confirm, sebut 'insyaAllah'... MK pulak nasihatkan dia. Inilah UMNO lemah sikit bab aqidah, semua perkara yang belum berlaku hanya Allah yang Maha Mengetahui... mana boleh kita manusia pi tok comfirm confirm seolah-olah nak ambik alih kerja Allah Taala pulak. Angguk memba ni dengar kuliah aqidah dari MK.

Sambung lagi memba ni, 6 kerusi tu jadi perebutan antara nama-nama yang masing-masing ada pengaruh besar. Kalau tak lekat calon, puak satu lagi... atau puak2 yang lain akan 'kerat' (istilah UMNO suka guna).

Tapi, MK kata.. bukankah BN ada cara, panggil puak yang tak lekat calon tu janji projek atau jawatan lain atau umpan duit tebai-tebai, Najib boleh buat tuu.

"PRU 2008 dulu memang buat macam tu pun... Mat Sudin Pokok Sena tak lekat calon, puak atas pujuk dia janji macam-macam, depan pemimpin atas dia angguk macam pokka tapi mai belakang dia kempen 16 cawangan hardcore dia suruh pangkah Izat. Ustaz Fadil Hanafi merajuk... ugut nak masuk PAS, pihak Tok Det hulur tunai RM300 ribu yang lani dia buat projek sarang burut walid dekat Kelompang. Depan Tok Det iya-iya nak sokong BN tapi turun cawangan kempen suruh cantaih Lan Loya... tu perangai orang UMNO takleh nak kata apa dah.." terang memba aku ni. (ermmm dalam ati aku, cha citer cha citer lagi..)

DUN mana tu yang bermasalah? Dia tak habag DUN mana tapi katanya Bahagian yang pihak perhubungan negeri tau memang ada masalah besar ialah Jerai, Sungai Petani, Merbok, Jerlun, Pokok Sena, Kuala Kedah. Ehh, itu bukan 6 DUN tapi 6 Parlimen... dalam Parlimen tu sekurang-kurang ada dua DUN. Yang MK dengark habag Padang Terap dan Padang Serai pun dok bertokak jugak.

Dekat nak habih bersembang, MK tanya memba tadi apa kesimpulan hang nak buat?

"Kesimpulannya BN nak kena jadi pembangkang jugaklah di Kedah 2013 ni..."

"...InsyaAllah," sambung aku.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707