Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Kisah Musim PRU13 : Cerita Apit dan Puak Buang Bendera

$
0
0

oleh Monier Mat Din

GAMBAQ HIASAN SAJA NIE..!!

Dua hari lepas waktu tengah dok parking kereta nak masuk kerja, saya terima SMS Panas dari Apit, Ketua UPU (Unit Peti Undi) / Ketua MARKAS kami. Dalam nada yang agak cemas Apit sms:

“Puak amno yg pasang bendera dekat upu kita cuba provoke kita dengan menjatuhkan berpuluh2 bendera depa sendiri sebelum subuh tadi. Minta semua ahli-ahli bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku mulai sekarang. Jangan layan sebarang ugutan, ambil tindakan bersabar dan sediakan kamera digital/hp setiap kali berhadapan dengan puak2 yang cuba cetuskan ketegangan. Bendera kayu dalam upu buat masa sekarang khusus untuk dipasang di rumah penyokong2 pas di sekitar lokaliti2 yang ditetapkan. Pastikan bendera2 tersebut dipsang sendiri oleh tuan2 di dalam kawasan halaman rumah penyokong tersebut untuk mengelak disabotaj. Musuh sedang berusaha berbagai cara untuk mencetuskan ketegangan. Jadi, berhati-hati dengan muslihat mereka. Jangan sebarkan mesej ini, cukup untuk dengan war2kan secara bersemuka dengan rakan2 seperjuangan. Kawalan keselamatan di UPU n lokaliti2 wajib dipertingkatkan bersama. Solat hajat jgn lupa. Takbirrrr”

Tu dia – panas dan cemas sungguh nadanya.


Saya yang kebetulan sibuk dengan urusan kerja dan malamnya pula ada urusan keluarga, tak sempat nak pi jengok dan nak pi ambik tahu apa yang berlaku. Cuma, duk risaulah juga takut jadi apa-apa kat kawan-kawan kami di markas tu sebab puak-puak UMNO kat sini boleh tahan juga perangai depa!

Malam tadi Apit mai rumah, mai sembang hal peribadi yg tak ada kaitan dengan p.raya. Sebaik saja Apit sampai, terus saya ajukan pertanyaan berkenaan bab SMS tadi. Apa ceritanya?

Apit kata, serius pun ada, nak tergelak pun ada.

Arakian ceritanya, malam sebelum itu lebih kurang jam 2 pagi, geng-geng di Markas UPU kami semua dah balik, tinggal Apit dan Along saja yang masih tinggal sebab ada beberapa urusan nak diselesaikan.

Waktu dinihari di tengah-tengah malam buta mcm tu, dari jauh depa nampak geng2 UMNO, 20 orang lebih kurang duk pasang bendera BN kat tepi2 jalan tak jauh dari situ – mula2 jauh, kemudian makin dekat dan makin dekat dengan UPU kami, markas PAS cawangan yang menumpang sementara rumah kedai dua tingkat di situ.

Bukan takat dekat, tapi depa sudah mai himpit dan pacak bendera dacing tu betul2 kat tepi jalan depan UPU itu, rapat rapat bersusun susun, penuh dengan bendera depa. Pendek katanya, kalau ditakdirkan kami nak buat ceramah malam esoknya, siapa2 nak dengar ceramah kena duduk antara bendera2 BN itu kat depan markas kami. Nak habag katanya, himpit UPU kami sampai rapat sungguh.

Apit kata dia tengok Along, Along tengok dia.

Dia tanya Along, kita nak buat apa? Along cakap, ikut Abang Apit la. Along ini keberanian dia mengalahkan Apit, dua-dua kaki demo, kalau bab bergaduh depa dua orang memang hero kami la. Kalau FRU beratus orang kat KL pun depa tak takut, kalau setakat 20 ini memang kacang la!

Apit tanya saya: “Hang tau dak aku buat apa?”

Hang buat apa?

Aku masuk markas pi amik air mineral lima enam botoi, aku panggil depa “Woi, mai sini sat!”

Depa mai dua tiga orang, depa tanya: “Awat, ada apa?”

Apit kata:

“Nah, amik ayaq ini pi minum dulu, kesian aku tengok hangpa, penat duk pacak bendera dari tadi, ayaq sebotol pun tak bawa!”

Depa pakat togok ayaq tu puas-puas. Sorang tu kata: “Terima kasih Abang, kami ingatkan nak ajak gaduh tadi!”

Apit jawab: “Kami nak berkawan, bukan nak bergaduh”

End of part-1.

Esok paginya, waktu Apit mai jengok markas, dia jadi terkejut bila dia nampak bendera2 BIRU DACING yang geng2 BN pasang malam tadi, banyak yang rebah jatuh tersungkur ke tanah, terutamanya yang kat depan UPU kami.

Apit naik gelabah, kalau puak2 UMNO tengok sure depa tuduh kami yang buat. Itu yang Apit send SMS S.O.S bernada cemas itu.

Apit habag, seharian dia tak sedap duduk, dia kenai sangat dengan geng2 UMNO ini, ada yang kawan dia dari kecik, yang duk buat bendang sekali dengan dia, kepala depa adalah seorang AYAHANDA kat kawasan itu. Apit tak takut kalau depa nak bergaduh, darah Apit memang PIANG HIJAU – semua org kenai APIT ini kepala masam PAS kat area sini, bukan setakat orang kg, org taman, org masjid, org market, org bendang dan org2 sini kenal Apit, tapi POLIS dan SB pun kenai dia, POLIS dan SB dah mangli tengok Apit selalu jadi kepala DEMO kat depan stesen bas dekat pekan Ahad di pekan kecik ini. Apit nak takut apa, dia kerja buat bendang aja, kalau masuk penjara pun, nanti keluar boleh buat bendang balik!

Apit tak takut kalau setakat nak berdepan dgn puak2 UMNO ini, tapi Apit tak seronok kalau UPU kami difitnah buat kerja bodoh buang bendera lawan macam itu, tak gentleman langsung!

Saya ingat lagi bila saya tanya Apit minggu lepas, kalau nak pasang bendera malam-malam, habag mai la, saya teringin nak turun sama, lama tak merasa pasang bendera malam2 macam itu. Apit kata, kita bukan UMNO – tak main la pasang bendera malam2. Kalau nak pasang, kita buat siang-siang, biaq orang tau kata kita ini orang PAS! – tu dia semangatnya Apit.

Berbalik kepada kisah bendera BN kena cantas itu; Apit habag, petang tu lepas maghrib lebih kurang jam 8 lebih sikit, Apit mai markas. Waktu tu markas belum dibuka lagi. Waktu tengah dok tunggu memba bawa mai kunci,, dari dalam kereta, Apit nampak ada satu lembaga dalam samar-samar cahaya maghrib tu sedang duk potong bendera BN (yg diikat dengan tali tape).

Selamba aje LEMBAGA itu potong/hiris dengan pisau tape yang mengikat bendera2 itu; jatuh berdebub bendera2 itu ke tanah. Seram bulu roma Apit!

Bila kereta/motor lalu, lembaga itu berhenti sat. Sebaik saja kereta2 dan motor2 tu dah jauh ke depan, dia sambung balik.

Apit turunkan tingkap kereta, nak tengok betoi2 lembaga apa yang duk buat kerja ini. Tengok-tengok: LAA – rupa2 nya seorang Tauke Bukan Melayu, tuan punya kedai kat deretan markas UPU kami itu.

Apit habag, lepas itu dia bawa kereta dia, terus pi jumpa geng-geng UMNO kat taman depan itu yang pasang bendera malam tadi. Apit kata kat depa:

“Nie, aku nak habag kat hangpa, ada orang tengah dok hiris dok potong buang bendera hangpa kat depan markas kami itu. Hangpa pi tengok sendiri, aku tak mau nanti hangpa tuduh kata kami pula yang buat kerja itu!”

Diringkaskan cerita, geng UMNO itu pun terus pederaih pi sana. Elok sampai, lembaga itu tengah duk usung bendera2 itu nak buang dalam longkang. Bila geng2 UMNO ini pi jerkah tanya “Lu buat apa?”. Lembaga itu kata: “Ini bendela sudah jatuh, wa mau angkat buang tepi, ganggu jalan”. Bila depa tuduh dia yang potong, mula2 dia tak mengaku, kemudian dia tersilap cakap kata: “Wa mau tanam pokok atas ini tanah!!”. Diringkaskan cerita, Polis mai dan mamat itu dibawa ke BALAI, dan sekarang dah jadi kes POLIS.

Bagi kami di UPU ini, kami boleh menarik nafas lega buat seketika. Nasib baik Apit nampak kejadian itu, kalau tidak tak pasal-pasal kami semua kena bergasak dengan geng2 UMNO dituduh buat benda yang kami tak buat. Selepas ini, tak tau apa lagi cerita dan dugaan yang menanti, lambat lagi tarikh PRU ini, macam-macam boleh jadi.

Fikir-fikir sekali, sefanatik-fanatik Apit dalam PAS pun, Apit tak akan pi potong buang bendera lawan macam itu. Mamat yang pi potong buang bendera BN ini dah kira Fanatik Tahap Gaban dah nie!!

Kalaulah kisah buang bendera ini mampu melambangkan sentiment keseluruhan orang bukan Melayu terhadap UMNO/BN di Malaysia, maka saya dapat merasakan UMNO/BN pasti akan kalah besar dalam PRU kali ini.

Sekian sebahagian drpd kisah2 di musim PRU buat kali ini – nanti ada cerita, kita sembang lagi.

moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707