Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Isu Harapan UMNO sekarang cuma Fitnah Seks...!!

$
0
0
Semalam seorang rakan Tulang Besi menelefon. Dia kata dia suka baca kedua-dua blog dan FB page BN dan Pakatan Rakyat. Dia tak suka ambil hujjah sebelah pihak sahaja kerana dia suka pembacaan yang seimbang.

Malangnya, dia kata walau sebagaimana dia cuba untuk menjadi adil, dia tidak boleh membaca laman serta FB UMNO lagi.

Pihak UMNO, katanya, tiada modal lain kecuali sex. Perkataan yang sering diulang-ulang oleh puak2 UMNO bontot, liwat, sex, china-doll dsbnya.

Harapan beliau untuk mencari hujjah dan asas idea yang kukuh bagi menyokong Barisan Nasional sia sia sahaja.

Tulang Besi menjawab, kalau UMNO ini parti yang kaya dengan idea, sudah tentu Presiden mereka tidak perlu mencetak rompak manifesto Pakatan Rakyat.

Lagi pula, Presiden UMNO sendiri takut untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim dan menswastakan kerja2 tuduhan palsu seks kepada blogger2 mereka seperti Papagomo.

TUlang Besi tanya apa hebatnya si Papagomo tu sampai boleh jumpa semua pak Menteri, boleh jumpa Peguam Negara, boleh jumpa Ketua Polis Negara? Kalau kita orang biasa cuba untuk berjumpa Ketua Polis Negara agakanya boleh tak?

Tulang Besi cabar kawan Tulang Besi tu untuk pergi ke Bukit Aman dan berjumpa dengan Ketua Polis Negara.

Tapi, Papagomo seorang bekas polis yang telah disabit kesalahan rasuah RM1000 boleh mendapat tempat di hati semua pemimpin2 kanan UMNO serta pemimpin negara.

Itu tandanya UMNO bangkrap idea dan jangkahayat mereka bergantung kepada tuduhan2 palsu seks serta video2 yang telah diedit dan direka bagi memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

Tulang Besi bertanya kawan Tulang Besi adakah mereka mahu pemimpin2 bachul dan otak kotor seperti ini memimpin anak cucu kita kelak?

Kawan Tulang Besi itu berkata inshaalah buat pertama kali dalam hidupnya, dia akan memangkah parti bukan dacing.

TULANG BESI

Tulang Besi to Malaysia Waves

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707