SU Politik PM sedia cabar Mahfuz jika dicalon
14 April 2013

Sahlan (dua, kanan) dan Dr Cheah Soon Hai (kanan) meninjau gerai buah-buahan semalam.
ALOR SETAR - Desas-desus Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail akan bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mula diperkatakan apabila kebelakangan ini beliau kerap berada di kawasan tersebut.
Sahlan diuar-uarkan bakal calon di Parlimen Pokok Sena, menggantikan Datuk Abdul Rahman Ibrahim, yang tewas kepada calon Pas, Datuk Mahfuz Omar pada PRU12.
Anak jati Pokok Sena ini bagaimanapun tidak menolak jika diberi mandat oleh pucuk pimpinan untuk merampas kembali Parlimen Pokok Sena yang sebelum ini milik Barisan Nasional (BN).
Ketika ditanya sama ada bersedia memikul amanah itu, Sahlan berkata, akan akur apa jua keputusan termasuk jika diarahkan bertanding di Pokok Sena.

“Sama ada jadi calon atau tidak, itu bukan kami tentukan, itu hak Perdana Menteri. Buat masa ini saya diarahkan supaya membantu kerja pilihan raya di kawasan ini bagi pastikan rakyat kembali sokong BN,” katanya.
Menurutnya, tugas utamanya adalah menambah majoriti kerusi BN di Kedah dengan memastikan Pokok Sena termasuk Dun Bukit Lada dan Bukit Pinang menjadi milik parti itu.
“Persoalan siapa calon tidak timbul, kita tunggu sahaja pengumuman Perdana Menteri,” katanya.
Mengulas sama ada bersedia berdepan dengan Mahfuz, Naib Presiden Pas, Sahlan menyifatkan ia bukan masalah besar kepada mana-mana calon Umno.

“Sesiapa yang bertanding di Pokok Sena, saya percaya akan ada petanda positif. Apa yang dibuat oleh perdana menteri telah memberi gambaran positif kepada rakyat, calon hanya perlu tingkatkan gerak kerja,” katanya optimis mahu gempur kubu kuat Pas itu.
Sahlan turut menyifatkan persepsi bahawa Pokok Sena adalah kubu kuat Pas hanya pada 2008, dan ia pasti berbeza pada 2013.
“Saya percaya dalam tempoh itu, sudah banyak pembaharuan dibuat oleh kerajaan pusat. Rakyat Malaysia tahu berterima kasih kepada kerajaan dan tahu menilai mana satu batu dan permata. Keharmonian kaum juga komitmen kerajaan BN untuk pastikan negara aman, itu yang rakyat mahu,” katanya.
Terdahulu, Sahlan bersama penyandang kerusi Dun Derga, Dr Cheah Soon Hai yang juga Pengerusi Gerakan Kedah, mengadakan ‘walkabout’ di Pasar Koboi Teluk Wan Jah untuk meninjau projek pembinaan pasar baru bernilai RM7.5 juta, yang dijangka siap dalam tempoh 10 bulan.
Projek menaik taraf pasar ini adalah peruntukan kerajaan pusat yang disalurkan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.