Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Mahfuz masih menafikan yang beliau MB Kedah in the making...tunggu 17hb nanti..!

$
0
0

Saya tidak bertanding Dun - Mahfuz


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan beliau hanya akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU1). Pengesahan itu sekaligus menjawab desas-desus kononnya beliau disenaraikan sebagai antara calon untuk jawatan Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mempertahankan pemerintahan di Kedah selepas 5 Mei depan.

"Sebelum ini spekulasi kononnya saya bertanding di Dun Bukit Pinang bagi membolehkan saya jadi menteri besar kalau PAS menang.

"Saya tegaskan saya hanya mempertahankan Parlimen Pokok Sena, tak bertanding di mana-mana Dun di Kedah," katanya pada sidang media di Pusat Media PAS, dekat sini hari ini.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bertembung dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail yang digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi tersebut.

"Disebut-sebut setiausaha politik perdana menteri akan bertanding di sana jadi saya bersedia melawan sesiapa sahaja," katanya.

Pada PRU12 tahun 2008, Mahfuz menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Mahfuz juga berkata, beliau tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan rakyat Kedah kepadanya.

"Sekali lagi saya terpilih di Pokok Sena, jadi saya akan terus perjuangkan kepentingan rakyat di sana.

"Tidak timbul isu percaturan di Kedah kerana kami seperti keluarga besar yang berkhidmat untuk rakyat.

"Terima kasihlah kepada media yang naikkan taraf saya dari cai parti kepada kononnya nak jadi menteri besar," katanya berseloroh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707