ALOR SETAR – Rakyat Kedah gembira dan berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri Kedah sekarang.
![]()
Hasani Azizan, 46, tinggal di Jalan Pegawai dan bekerja sebagai kontraktor berpuas hati dengan kerajaan negeri kini kerana Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai kini sudah diganti dengan bangunan baru, sebelum ini bangunan tersebut amat menakutkan kerana ada mayat yang dijumpai dalam bangunan tersebut dan bangunan tersebut juga mencacatkan pemandangan Alor Setar.
“Kebanyakan rakyat terbela dan berpuas hati kerana masjid kini berfungsi dengan baik sebagai institusi agama dan bebas menyampaikan ilmu agama.

“Selain itu, kerajaan negeri juga membanggakan rakyat Kedah kerana berjaya membina Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil walaupun tanpa bantuan kerajaan Pusat.
“Semoga kerajaan negeri dapat terus memerintah Kedah di masa hadapan dan terus prihatin kepada rakyat yang memerlukan,” ujarnya.
Sementara itu, Mohamad Razif Osman, 34, bekerja di Jabatan Kerajaan dan tinggal di Bukit Pinang menjelaskan bahawa kerajaan negeri sekarang lebih baik daripada yang lepas kerana memerintah dengan baik dan tidak banyak isu-su panas yang berlaku dan tiada rasuah serta penyelewengan.
“Kebersihan lebih terjaga, contohnya di kawasan rumah saya seminggu dua kali sampah akan dipungut, mungkin sebelum ni ada masalah sedikit, tetapi itu biasala kerana baru permulaan.
“Masjid dapat berfungsi dengan baik, dulu kuliah-kuliah agama kurang dijalankan kini kuliah-kuliah agama bagaikan cendawan tumbuh, bebas menyebarkan ilmu tanpa sekatan.
“Kita mahu pembangunan dan agama bergerak seiring serta tidak mahu salah satu terpinggir,” ujarnya.
Tambahnya, pembangunan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Banyak perubahan yang berlaku berbanding sebelum ini. Tempat rekreasi sekarang nampak lebih kemas dan banyak kemudahan berbanding sebelum ini sangat teruk. Saya harap kerajaan negeri dapat mentadbir dengan baik, lancar dan aman tanpa sebarang masalah.
![]()
Manakala seorang peniaga yang bernama Ong Cho Tek, 70, tinggal di Jalan Stadium berkata, beliau sangat gembira dengan pentadbiran sekarang kerana membantu rakyat Kedah tanpa mengira bangsa dan agama. Pemberian Skim Kafalah kepada keluarga si mati yang memerlukan amatlah menggembirakan rakyat Kedah. Beliau juga gembira dengan bantuan tahunan dan pemberian penggunaan tanah selama 30 tahun kepada sekolah agama rakyat, sekolah Cina dan India.
“Pembangunan berjalan dengan baik, bandaraya bersih dan jalan pun sudah kemas kerana sebelum ini jika orang luar datang ke Alor Setar orang akan bertanya kenapa ada bangunan buruk (Plaza Tunku Yaakob) di Alor setar.
“Ianya mencacatkan pemandangan dan aya harap jangan ada pihak yang menghalang pembangunan yang dijalankan untuk rakyat,” katanya.
Beliau amat berpuas hati dengan kerajaan negeri sekarang ini dan beliau berharap Kedah lebih maju, aman dan makmur serta semua bangsa bersatu padu.
![]()
Selain itu, pekerja am, Abu Samah Hashim, 57, tinggal di Pokok Sena berpuas hati dengan wakil-wakil rakyat Kedah sekarang ini.
“Kerajaan negeri sekarang memerintah dengan baik tanpa sebarang masalah, wakil-wakil rakyat Kedah prihatin serta berjiwa rakyat kerana mereka selalu datang ke rumah rakyat dan memberikan apa yang diperlukan.
“Saya harap kerajaan negeri dapat memerintah dengan aman, maju dan damai serta saya juga berharap agar Menteri Besar sihat dan sejahtera selalu, buatlah kerja untuk kebajikan rakyat,” katanya.
![]()
Manakala, Ida Mayanti Awang, 35, merupakan suri rumah sepenuh masa dan tinggal di Kampung Alor Merah memuji kerajaan negeri kerana walaupun masih baru memerintah Kedah sudah banyak pembangunan yang dijalankan.
“Banyak perubahan yang berlaku dan kebajikan rakyat juga terbela, dan saya harap kerajaan negeri sekarang terus kekal memerintah Kedah dan turun padang berjumpa dengan rakyat, jangan biarkan ada yang terpinggir,” katanya.