Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Meriahnya kempen Pakatan Rakyat di utara

$
0
0
Oleh Abd Shukur Harun


Menyelusuri negeri utara Semenanjung – Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan mengikuti beberapa program Pakatan Rakyat di negeri tersebut, saya mendapat gambaran bahawa rakyat di utara ini juga telah menunjukkan kesungguhan untuk menyertai gelombang tsunami politik dalam PRU akan datang ini.

Di Bagan Serai, calon PKR/Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai, ilmuan Dr. Mohd Nor Manuty yang diketmui memberitahu saya, bahawa rakyat, pelbagai kaum yang ditemui olehnya dan pasukan petugasnya telah memberikan sambutan luar biasa terhadap Pakatan Rakyat.

Ceramah besar dan kecil, di merata tempat di kawasan itu, dipenuhi oleh orang ramai dan menariknya, orang Cina yang biasanya tidak begitu berminat mendengar ceramah, telah datang beramai-ramai mendengar ceramah Pakatan degan penuh minat.


Dr. Mohd Nor Manuty sendiri mengetuai rombongan menemui pengundi dari rumah ke rumah, di samping petugasnya mengatur program, umpamanya, member khidmat kesihatan percuma dan lain-lain di kawasan itu.

Walaupun kelihatan bendera BN lebih banyak bergantungan di tepi jalan di Bagan Serai, namun, kata seorang penduduk di situ, Encik Sazali Mahmud, itu sama sekali tidak menggambarkan kekuatan BN. Benderanya saja banyak, tetapi rakyat kebanyakannya tidak menyokong mereka, katanya.
Di Dun Selising, di mana calon PAS, Haji Husin Din bertanding, kelihatan petugas PAS bertungkus lumus menjalankan tugas siang malam. Petugas markas MTDnya begitu rancak, terang benderang, dengan petugasnya menjalankan kerja hingga menjelang dini hari.

Begitu juga di Dun Semanggol, satu lagi Dun dalam Bagan Serai, petugas PAS begitu rancak menjalankan pelbagai tugas. Bendera dan sepanduk sudah dipasang dimerata tempat. Di markasnya, jentera pilihan raya bermesyuarat hingga jauh malam.

Calon PAS di situ, Ustaz Zawawi Hasan, seorang tokoh ulama yang disegani.
Semanggol dalam sejarahnya, adalah tempat lahirnya Hisbul Muslimin, gerakan Islam dan parti politik Islam yang terawal di negara ini, yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir, pengasas Madrasah Ehya-us-Sharif yang merlahirkan ramai ulama dan pejuang Islam dan menjadi tempat subur gerakan Islam di negara ini sejak zaman penjajah lagi.

Saya dan rombongan makan nasi goreng di sebuah restoran di situ dan menyaksikan anak-anak muda, petugas PAS, memasang bendera, sepanduk dan kain rentang dan mereka bergilir-gilir menjaganya di seluruh Dun itu, khabarnya hingga subuh, supaya tidak dirosakkan oleh musuh politik Pakatan Rakyat.

Sementara itu, bertemu dengan Dr. Mujahid Yusof Rawa, calon Parlimen PAS Parit Buntar di majlis kenduri di rumahnya di Taman Krian Permai, Parit Buntar kelihatan beliau sangat sibuk. Suasana sangat meriah sekali. Tetamu dihidangkan dengan Nasi Arab dan cendol Parit Buntar yang terkenal dengan lemak manisnya.

Pelbagai kaum mengunjungi majlis di rumahnya itu, termasuk ahli Dewan Himpunan Penykong PAS (DHPP), di mana Dr. Mujahid sendiri pengerusinya.

Ternyata Dr. Mujahid mempunyai penyokong yang kuat bukan saja dari kalangan pengundi Melayu, tetapi juga pelbagai kaum. Dia menyantuni setiap rakyat dan sangat peduli masalah mereka, sebab itu beliau sangat popular di sini. Bagi saya ketokohan Dr. Mujahid sangat menyerkah bukan saja sebagai pemimpin politik gerakan Islam yang sangat menjanjikan, bahkan sebagai salah seorang pemikir PAS.

Pengerusi DHPP, Perak, Beh Heng Kin, memberitahu saya, bahawa Dr. Mujahid adalah pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum, dia sangat terbuka dan melayani semua kaum.

Beh memuji Tuan Guru Nik Abd Aziz dan sangat mengkagumi perwatakan Tuan Guru itu. Baginya, Mursyidul Am PAS itu, adalah lambang suatu kepimpinan rakyat, di samping seorang ulama yang sangat jauh ke depan pemikirannya.

“Gaya hidupnya sangat sederhana, pandangannya jauh ke depan dan Tuan Guru adalah pemimpin teladan bagi rakyat Malaysia ini,” katanya.

Sementara itu, saya bertemu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Beliau sedang menyampaikan taklimat kepada petugas Muslimat dan petugas lain di Dewan Fadzil Noor, di bandar itu.

Saifuddin adalah penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan.

Di Parlimen Kulim Bandar Baru ini, kerjasama erat telah ditunjukkan oleh petugas PAS dan PKR. Saifuddin mempunyai hubungan erat dengan pemimpin PAS bukan saja di Kulim Bandar Baru ini, tetapi juga di seluruh Malaysia.

Dalam taklimat yang diberikannya, Saifuddin mengingat petugas Pakatan Rakyat supaya berharti-hati kerana “pelbagai cabaran akan kita hadapi.”

Namun, katanya, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dari selatan ke utara dan pantai timur serta Sabah dan Sarawak sangat luar biasa.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707