Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Terbukti kini bahawa BN lah punca hubungan MALAYSIA - INDONESIA menjadi "KEROH"..!!

$
0
0
Susilo ajak Malaysia elak insiden hina bekas presiden

21 Disember 2012

JAKARTA - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono telah mengajak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk bersama-sama mencegah berulangnya insiden penghinaan terhadap presiden ketiga Indonesia B.J. Habibie.

"Saya sampaikan kepada Pak Najib marilah kita cegah hal begini terus terjadi," kata Susilo sebagaimana dipetik agensi berita Antara, pada Jumaat.

Presiden Indonesia, yang bercakap pada sidang akhbar di Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di sini sekembali dari lawatan kerja ke Malaysia dan India, merujuk kepada tulisan seorang bekas menteri kabinet Malaysia, yang disifatkan sebagai telah menghina Habibie.

Menurut beliau, Najib telah menyatakan bahawa tulisan itu tidak mewakili suara kerajaan Malaysia atau parti Umno yang merupakan tonggak Barisan Nasional (BN) selaku parti pemerintah pada masa ini.

"Memang disampaikan kepada saya,...itu pandangan seseorang yang katanya disampaikan menyusul pertemuan Bapak Habibie dengan salah seorang tokoh politik di Malaysia," kata Susilo.

Laporan Antara menyebut bahawa Presiden Indonesia itu memahami bahawa Malaysia bakal menghadapi pilihan raya umum, sehingga banyak isu menjadi sensitif.

Bagaimanapun, Susilo kesal dan menyifatkan tulisan bekas menteri Malaysia tentang Habibie itu sebagai tidak baik bagi hubungan persahabatan, kerjasama dan hubungan dua hala kedua-dua negara.

"Sungguhpun demikian bagi saya pilihan raya umum atau tidak pilihan raya umum, tentunya harus saling menjaga, apa lagi kalau mencemarkan nama baik ketua negara atau bekas ketua negara, negara lain," katanya.

Lawatan kerja Susilo ke Malaysia pada Selasa lalu, sebelum ini dibayangi oleh keadaan kurang menyenangkan berikutan tulisan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengkritik Habibie.

Sehari sebelum berlepas ke Malaysia, Presiden Indonesia itu dalam komennya selepas menonton filem bertajuk "Habibie dan Ainun" di sini, telah menyatakan rasa kurang senang dengan kritikan itu, yang disifatkan sebagai tidak sepatutnya dilakukan kerana ia melukai perasaan bangsa Indonesia dan dapat mengganggu hubungan kedua-dua negara.

Beliau juga telah berjanji untuk membawa isu itu dalam pertemuannya dengan Najib. - Bernama

selama ini BN tuduh PR mengeruhkan hubungan dua hala Indonesia-Malaysia.. hakikatnya Umno sendiri melalui Zainuddin Maidin lah menjadikan hubungan jd teruk....punya lah bangang tulisan ZAM....bodoh!

kerana pulut santan binasa,kerana mulut kau mcm longkang zainudin maidin umno bn yg nak hancur terima akibat,ingat dihati nak bodek umno bn semuga tersenarai calon pru13, tak tahu pulak jg mcm ni aduhai malang nasib kau umno, masih nak bela biawak hidup....

Jika PR buat macam tu heboh dah umno...........
 
 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707