Petronas sumbang RM1.2 juta
19 April 2013
KUALA LUMPUR - PETRONAS hari ini menyumbang RM1.2 juta kepada Tabung Kebajikan Ops Daulat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tabung Perwira Lahad Datu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga kepada anggota keselamatan yang terkorban sewaktu Ops Daulat.
Sumbangan untuk kedua-dua tabung yang masing-masing berjumlah RM500,000 disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin pada satu majlis di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Baki sumbangan berjumlah RM200,000 akan diagihkan kepada 10 keluarga anggota PDRM dan ATM yang terkorban ketika bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini. Sumbangan ini diberikan untuk membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan, khususnya bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban. Bayaran berjumlah RM20,000 bagi setiap keluarga tersebut akan dibuat menerusi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Sumbangan yang diberikan PETRONAS adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan PETRONAS terhadap usaha dan risiko yang telah diambil oleh anggota keselamatan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Staf Markas ATM, YM Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.
SUMBER: PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Jabatan Perhubungan Media
Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan
PETRONAS
- Bernama