oleh Aspan Alias
Kadang-kadang terfikir dan teringat juga tentang sejarah lama UMNO terutamanya sejarah sebelum negara mencapai kemerdekaan dahulu. Dalam keadaan UMNO tidak tersusun lagi ini, ada yang teringat kepada kisah bagaimana Presiden UMNO yang pertama Dato Onn Jaafar meninggalkan parti yang beliau tubuhkan itu.
Beliau meninggalkan UMNO kerana ‘idea’ beliau untuk menjadikan UMNO sebagai parti ‘multiracial’ ditolak oleh perwakilan UMNO di Perhimpunan Agongnya pada tahun 1952 dahulu. Mungkin Dato Onn telah menjangkakan dari awal yang perpaduan diantara kaum itu adalah perjuangan utama, mendahului perjuangan yang lain-lain.
Waktu dan zaman telah berubah. Keperluan dan kehendak manusia itu berubah. Pemikiran Dato Onn itu sekarang sudah mula timbul kembali kerana keadaan politik perkauman yang terlalu menebal. Kita mesti mengakui yang selagi kita bermain dengan politik ‘communal’ yang sempit, selagi itulah matlamat kita yang ‘ultimate’ iaitu mencapai perpaduan kaum itu akan sentiasa gagal sampai bila-bila.
UMNO begitu kuat laungannya dan mengaku sebagai sebuah parti kebangsaan tetapi semangat kebangsaan itu pun sudah tiada lagi dalam parti itu. Laungan semangat kebangsaan itu hanya lah satu retorik kosong kerana tidak ada lagi sesiapa yang bersemangat kebangsaan dalam parti itu, kecuali beberapa kerat sahaja dikalangan mereka yang kekal dengan semangat kebangsaan itu. Mereka ini tidak pun diberikan kesempatan untuk berada dipesada kuasa dalam parti itu.
Hendak dianggap parti itu sebagai parti ‘multiracial’ tidak boleh juga. Permainan isu perkauman yang terlalu menebal didalamnya tidak memungkinkan UMNO itu boleh diyakini sebagai sebuah parti yang berkemampuan untuk membawa pencapaian kepada ‘national unity’ itu tadi. Jadi UMNO itu ‘is neither a nationalist nor a multiracial party’. UMNO itu hanyalah kekal dikuasai oleh ‘warlords’ yang besar-besar yang menggunakan parti itu untuk kepentingan peribadi masing-masing yang berada dalam kuasa UMNO itu.
Oleh kerana keadaan yang membimbangkan ini, maka banyak laungan dari rakyat yang kita tidak lagi boleh memilih untuk menjaga kepentingan kelompok dan kumpulan masing-masing sahaja. Didalam ‘alternative’ media suatu masa yang tidak beberapa lama dahulu, kita mendengar jeritan seperti, ‘we are Malaysian, no Malay, no Chinese, no Indian’ dan berbagai-bagai lagi rintihan dan manifestasi rakyat.
Mereka tidak mahu melihat negara ini berimejkan sebagai negara yang hanya mementingkan sesuatu kaum dan ini merupakan rintihan yang betul dan benar. Tidak ada satu bangsa pun boleh mengabaikan rakan-rakan bangsa lain kerana kita mempunyai hak yang sama seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara.
Hasilnya berlaku landskap politik yang baru dimana rakyat mula melakukan ‘soul searching’ yang serius dan mereka inginkan perubahan yang nyata dalam sistem politik serta bidang kehidupan yang lain dengan penampilan siasah yang baru. Dalam masa kita berhadapan dengan kegelisahan yang wujud dalam jiwa rakyat yang inginkan sebuah negara yang berpadu itu, maka kesempatan ini digunakan oleh setengah pihak untuk politik dan kepentingan kelompok dan puak semata-mata..
DAP memaparkan ‘disposition’ dan ‘outlook’ yang membawa konsep Malaysian Malaysia dan memperagakan diri sebagai parti berbilang kaum untuk menjaga kehidupan dan siasah semua kaum. Penampilan DAP ini mendapat perhatian yang kuat dan jelas dari rakyat termasuk diri saya sendiri yang telah memohon untuk menyertai parti itu. Saya merasakan yang saat untuk memulakan politik baru itu sudah sampai dan saya perlu bersama membawa perubahan itu.
Tetapi saya tahu, dan ramai yang tahu yang parti itu tetap dengan ‘communal politics’ biasa. Malahan diantara ahli-ahlinya sendiri berlaku apa yang berlaku dalam parti-parti lain seperti PKR dan UMNO.
Kedatangan pilihanraya ini membawa banyak hikmahnya. Kita semakin hari semakin faham kenyataan yang sebenarnya. Saya tahu perjuangan untuk ‘national unity’ tidak akan kemana-mana. Malahan jika rakyat berbilang kaum terus menerus berpecah, mereka akan terus menagih keuntungan untuk puak dan kaum masing-masing. Pilihanraya ini tidak akan membawa apa-apa perubahan. Hanya melalui PAS sahaja memungkin perjuangan sebenar rakyat dapat dilangsungkan.
Masing-masing 'belum pun menyangkung sudah berak', bak kata setengah orang tua-tua. 'Belum duduk sudah berlunjur. Nasi belum pun masak sudah bersela'. Banyak lagi kata-kata perbidalan yang indah-indah untuk pencerahan pemikiran kita ini.
Jika ada masa dan umur yang panjang, saya sambung rungutan saya ini.