Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Fahami hasrat anak muda – Nasir Zakaria

$
0
0
PADANG TERAP: Calon PAS bagi Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berpandangan anak muda menjadi penentu besar dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini. Begitupun, beliau tetap menganggap golongan dewasa mempunyai peranan yang penting untuk memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Justeru, penglibatan petugas dewasa termasuk warga emas pada PRU13 ini perlulah disesuaikan dengan keadaan dan keupayaan mereka.

“Pada saya, semua petugas ada peranan masing-masing tetapi anak-anak muda terutama yang pertama kali mengundi perlu menjadi fokus pada PRU13 ini,” ujarnya ketika ditemui di Markas MTD Kuala Nerang, di sini semalam.

Bagi beliau, kebangkitan anak muda yang berlaku di seluruh negara turut dirasai di kawasan Parlimen Padang Terap.


Katanya, walaupun Padang Terap adalah kawasan luar bandar, namun gelombang kebangkitan anak-anak muda kepada Pakatan Rakyat boleh dilihat melalui penglibatan mereka di dalam program yang dianjurkan oleh PAS.

Selaku bekas ahli parlimen di sini, Nasir banyak terlibat dengan aktiviti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan belia termasuk sukan, ekonomi, keagamaan dan lain-lain.

“Pendekatan yang saya ambil adalah melalui aktiviti kepemudaan untuk memenuhi kehendak mereka, Padang Terap tidak boleh dianggap berada dalam kawasan yang terpinggir dari arus pembangunan,” katanya.

Secara umumnya, kata beliau anak-anak muda Padang Terap mahu melihat pemimpin mesti turun padang dan menyertai aktiviti mereka.

“Atas sebab itu, saya bukan sahaja anjur program tetapi banyak menyertai aktiviti mereka, kadang kala mengetuai konvoi bermotosikal.

Menyedari hakikat perlunya masyarakat diberikan bimbingan agama termasuk golongan muda, beliau yang berkelulusan pengajian Islam dari Universiti Malaya tidak terpisah dengan aktiviti kerohanian.

Dalam masa yang sama, beliau sentiasa turun padang melawat masyarakat yang ditimpa musibah, mengadakan kenduri, gotong royong dan sebagainya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707