Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Stesen bas baru mula beroperasi minggu lalu...

$
0
0
wartawan Sinar Harian
24 April 2013
Stesen bas baru mula beroperasi minggu lalu
Stesen Bas Ekspres yang baru siap dibina mula beroperasi.
 
SUNGAI PETANI - Stesen Bas Sungai Petani yang berwajah baru kini sudah mula dibuka untuk kegunaan orang ramai, di mana sebelum ini proses pembinaannya tergendala akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kemudahan di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil itu mula dibuka kepada orang ramai sejak seminggu lalu dan urusan mengambil dan menghantar penumpang menggunakan kemudahan bas ekspres berjalan lancar.

Rata-rata pengguna dan peniaga yang ditemui berpuas hati dengan operasi itu dan keselesaan lebih maksima dengan beberapa kemudahan, termasuk penghawa dingin, ruang duduk yang lebih banyak dan lot kedai yang teratur.
Peniaga, Lim Tian Long, 52, berkata, pemindahan dari stesen bas sementara ke lokasi baru lebih memuaskan kerana tidak perlu lagi berhadapan cuaca panas memandangkan kini kemudahan itu lengkap berhawa dingin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707