..Dr Mazlan Ismail calon Permatang Pauh merupakah sahabat saya..saya belajar di Jordan dengan biasiswa Kementerian Pendidikan, beliau penjamin saya..beliau tokoh PAS pada asalnya..semasa saya masih lagi di sekolah menengah, banyak program seperti dialog, tamrin, usrah dan pelbagai lagi yang saya atur dengan beliau..beliau aktif dalam sumbangan kepada dakwah..beliau jauh lebih berumur dari saya tetapi sahabat..semalam beliau datang ke rumah saya sebagai sahabat dan calon BN Parlimen Permatang Pauh..saya terimanya sebagai sahabat dan juga calon..undi adalah rahsia..persahabatan tidak rahsia..setiap orang mempunyai hak untuk menjadi calon parti yang dipilih dan ada hak untuk mengundi parti yang dia pilih..parti tidak boleh menjadi sempadan yang menghalang ukhuwwah dan persahabatan..saya tidak pernah istihar undi saya kepada umum seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak..