oleh pemerhati PRU Kedah 2013
Nampaknya masa cuma tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum ketentuan siapa pemenang akan di umumkan. Adakah Kedah akan berpindah tangan atau masih di pegang oleh PR.
Sudah seminggu proses kempen berlalu dan dari pemerhatian saya disini inginlah saya coretkan serba sedikit dari pemerhatian saya.
Sebenarnya jika dilihat atas kertas dan pandangan luar pihak Pakatan Rakyat sedang mendahului di depan namun jika dilihat dari gerak kerja seperti think tank aka mastermind pilihanraya kali ini seperti kucar kacir sedikit.
Ianya dilihat seperti berkeadaan selesa nak menang tapi hakikatnya dilihat keadaan sebaliknya boleh berlaku. Jangan lupa tahun 2004.. tahun yang menjadi titik hitam pilihanraya bagi pihak PR yang mana dalam tiupan angin PAS TAWAN KEDAH tapi akhirnya rebah tertiarap.
Sekarang ini strategi itu penting untuk menumpaskan musuh...namun benda ini yang dilihat gagal dimainkan peranan.. semua calon berkempen menggunakan kaedah lama dan ortodok... tetapi bila dilihat pihak BN mereka sudah turun pelbagai psywar untuk memerangkap otak pengundi semua..
Yang pertama mereka lepaskan ialah banner-banner yang bertaburan bab KUIN, BALAK, DAP yang tak bertuan itu... Selepas PAS Kedah beri amaran membuangkannya baru banner ini mula lesap tapi disini dilihat BN telah memenangi perang tersebut sebab mereka akan kata PR yang buangkan sebab takut kesalahan terdedah... Jika think thank ada untuk memikirkan benda ini kaedah yg terbaik ialah buat banner jawapan untuk banner provokasi mereka itu dah kerahkan orang kita pergi gantung disebelah dengan banner-benner tersebut... baru JAWAPAN ada untuk tatapan semua...
Itu baru satu bab selain itu dilihat sekarang di merata-merata kita menaikkan replika dalam pelbagai bentuk seperti kapal terbang, jet, helikopter, kapal selam dan macam-macam lagi... buat benda nie bagus tapi mesej kena ada contoh jet yg di buat tu apa kata letak banner besar bahawa JET INI ENGINE HILANG... dan juga seperti CINCIN tu tulislah banner dan gantung supaya mesej sampai.. itu yg sebaiknya...
Nak sentuh sikit bab berkempen..terutama di kawasan pertindihan DUN PAS, PR & DAP... kekadang tu dilihat masing-masing buat kerja sendiri di kawasan masing-masing... memang betul tapi maklumat gerak kerja kenalah centralise kan supaya rakyat boleh follow... dan bab cara kempen apa kata pergi terjah bangsal panas BN supaya dilihat mesra sahabat... jangan pulun sangat ceramah berkelompok sebab yang datang dengar orang kita sahaja...nak harap speeker kuat volume tu cara lama dah...biaq upu sahaja yang uruskan bab tuu... dan setiap xtvt tersebut masukkan dalam facebook supaya rakyat diluar dapat melihatnya....
Satu lagi tenaga kerja psywar ada tak disediakan... ini dilakukan oleh orang yang gila-gila dan brilliant otaknya untuk menarik undi.. mereka ini ibarat pemikir untuk mengurus dan melincirkan perjalanan kempen calon...mereka bukan orang yang mengampu...tak kena terus kata tak kena...
Jadi sekarang diharap serba sedikit pandangan saya ini jika ada pihak yang nak terima pakai terimalah tetapi jika tak mahu saya tak kesah sebab saya pun tak mintak payment untuk bercerita bab ini...tapi yang jelas dari pemerhatian saya PR KEDAH sedang nyawa-nyawa ikan jika terus berkempen kaedah ini...
Selamat Berkempen Semua...
INIKALILAH atau LAINKALILAH...!!!