Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

BN kempen perkauman kepada guru, pelajar

$
0
0
ALOR SETAR: BN didakwa sedang menjalankan kempen perkauman di seluruh negara terhadap golongan pendidik dan juga pelajar sekolah, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Kempen berbaur perkauman ini disemai dalam beberapa program bersama guru dan pelajar sekolah kahsnya di sekitar Kedah, kata Mahfuz kepada Harakah ketika ditemui semasa program ziarah kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke- 13, di Taman Setia Jaya dekat Derga bersama calon DAP Dun Derga, Tan Kok Yew.

"Kita kesan mereka ini buat dakwaan kononnya jika Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri. Malah mereka juga tuduh kononnya apabila Pakatan Rakyat menang Singapura akan kembali bergabung dengan Malaysia," katanya.

Mahfuz mendakwa, para guru disemaikan dengan tuduhan kononnya Singapura memiliki 90 kerusi Parlimen dan bergabung dengan parti Cina di Malaysia (DAP) bagi membentuk pemerintahan berasaskan pemimpin kaum Cina di sini.

Lebih parah lagi ujar Mahfuz, mereka juga menyemai benih kebencian kepada PAS yang bergabung dengan DAP, dan menuduh PAS menggadai Melayu.

'Mereka lupa, Umnolah yang mengeluarkan Singapura dari Malaya (Malaysia) sebelum ini. Tetapi mereka tuduh Pakatan Rakyat mahu bergabung dengan negara yang dipimpin anak Mendiang Lee Kuan Yew (bekas PM Singapura)," katanya.

Sementara itu, calon DAP Dun Derga pula mendedahkan taktik jahat BN menghasut anak-anak kaum Cina dengan menuduh pemimpin PAS dan DAP sebagai orang yang jahat.

'Tuan-tuan bayangkan, mereka ajar anak-anak sekolah untuk membenci kami, mereka tuduh kami orang jahat. Mereka doktrinkan pemikiran sempit dan perkauman sejak anak-anak ini sekolah lagi," katanya lagi.

Tambah Tan Kok Yew, anakanak Cina juga diajar dengan membenci Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kononnya pemimpin ini seorang yang tidak baik. Beliau membidas tindakan jahat BN ini dan mahu kaum Cina dan Melayu menolak politik sempit berasaskan perkauman.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707