
Ingin diperjelaskan... Jika anda mahu tindakan dikenakan terhadap Mustafa Ali, sila minta polis jalankan siasatan dengan segera. Ini kerana kes video tersebut telah menjadi kes polis. Desak polis bertindak, desak jabatan agama bertindak, jika anda rasakan bahawa Mustafa Ali perlu dikenakan tindakan.
Sebarkan video seperti itu tidak memberikan apa2 kebaikan bahkan memalukan kerana ditayang secara terbuka. Tempat orang ramai lalu lalang. Pakcik makcik, tok haji semua ada. Kanak2 dan remaja2 pun lihat.
Adakah ini cara yang betul?
Adakah ini cara kempen BN?
Jika tidak mahu di cop parti suka jaja lucah, maka janganla berkempen isu lucah. Sila bentangkan fakta dan hujah yang membabitkan permasalahan rakyat, bukan isu seks.
Lagipun, undang2 kan ada. Jika tak berpuas hati gunakan saluran undang2, jalankan siasatan atau apa sahaja janji anda merasa puas bila dapat menghukum Mustafa Ali. Yang sibuk edarkan VCD, buat tayangan terbuka, kenapa?
Dari mana BN belajar untuk buat perkara2 terkutuk seperti ini?