Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Mungkihkah sendiri bakar sendiri tuduh...!!!

$
0
0
http://3.bp.blogspot.com/-N64wA2X3w6A/UQVOMY6fX3I/AAAAAAAABiA/XKoearprDpM/s1600/Provokasi_copyweb.jpg
Buat jahat apa pon semua main tuduh pihak lawan... apa kata jika kami kata hangpa sendiri yang bakarnya untuk hangpa dapat politikal millage pada hangpa.... seperti budak nak dapat kesian dia nangis kuat-kuat bagi semua dengaq kata pak dia pukoi dia.. sedangkan pak dia jentik apa pon dak lagi... lalu org akan kata pak tu bodo pukoi anak...

jadi serahkan perkara nie kpd pihak berkuasa jangan main tuduh-tuduh..strategi politik hangpa nie semua dah baca dah dulu boleh la kami percaya jika kami lihat poster mahadet kena bakaq...kami marahkan pihak lawan anda kata kurang ajaq...kami pon dgn rasa marah kat lawan lalu beri undi kat hangpa...tup tup dapat hangpa bakaq sendiri gambaq chedet....nak nyesai pon tak guna dah dah pangkah hangpa dah pun....

Bab PDM kena bakaq nie kami boleh kata puak hangpa sendiri yang bakaq sebab tension tak dapat upah seperti yang diberikan..puak atas mentedarah banyak yang teruk buat kerja di bawah mendapat upah sekadar RM5 siapa tak angin.... jadi serahkanlah pada pihak berkuasa menyiasatnya...

Maaf la sebarang provokasi sekarang nie kami dah masak dah dengan taktik-taktik hangpa tu sebab dulu kami ak pikiaq panjang macam lanie.....
Tiga sub PDM BN Kubang Pasu dibakar di tiga lokasi berbeza awal hari ini

April 28, 2013

JITRA, 28 April — Tiga sub Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Parlimen Kubang Pasu dibakar awal hari ini.

Tiga sub PDM itu adalah di Kampung Manggol di Malau dan Kampung Gelang Pasir di Kepala Batas iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra serta di Kampung Machang, Pulau Nyior dalam DUN Bukit Kayu Hitam.

Ketua sub PDM Kampung Manggol, Haslis Saad, 41, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi selepas semua anggota yang bertugas selesai membuat persiapan parti dan pulang ke rumah masing-masing.

"Ada kawan saya mai (datang) rumah beritahu ada kebakaran di tempat kami. Bila sampai sana api marak dan saya bersama lima rakan lain bertungkus lumus padamkan kebakaran daripada terus merebak ke seluruh khemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Antara peralatan yang dibakar adalah bendera BN, empat meja, kabel elektrik, 1,000 poster calon BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta 1,000 risalah aku janji BN Kedah yang dianggarkan melibatkan kerugian kira-kira RM2,000.

Haslis berkata beliau percaya perbuatan itu dilakukan penyokong parti pembangkang berdasarkan maklumat yang diterima oleh seorang rakan yang kebetulan keluar pergi kerja ketika itu.

"Ada seorang rakan keluar pergi kerja di Alor Setar. Dia ada nampak dua lelaki naik motosikal yang ada logo parti pembangkang dikatakan berkeliaran di kawasan itu. Saya syak ini perbuatan mereka," katanya.

Kata Haslis beliau agak kecewa dengan tindakan yang sengaja mahu mencetuskan pelbagai masalah pada pilihan raya kali ini.

Laporan polis turut dibuat di balai Polis Jitra kira-kira pukul 9.40 pagi ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis daripada parti terlibat. — Bernama

Bang joe Kulim
Dulu BN skrg PR

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles