Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Hanya 5 peratus PAS berbeda dengan DAP

$
0
0

KUALA LUMPUR: Sikap menghormati agama orang lain dan menolak rasuah membolehkan pemimpin PAS dan DAP berkerjasama, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan perbezaan partinya dengan PAS hanya dalam lima peratus isu sahaja.

"Biasanya, kira-kira 95 peratus, kami bersetuju, terutama dalam isu tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan kebajikan rakyat, termasuk memerangi rasuah," katanya.

"Lima peratus yang kami tidak dapat bersetuju, kami ketepikan dan akan menanganinya kemudian.

"Sama seperti PAS mempunyai hak untuk menekankan undang-undang hudud, kami mempunyai hak untuk menekankan negara sekular. Ini demokrasi," kata beliau apabila diminta mengulas mengenai percubaan parti-parti Cina dalam BN memanipulasikan isu hudud.


Lim menegaskan, DAP boleh berkerjasama dengan PAS walaupun terdapat perbezaan tersebut kerana pemimpin kedua-dua parti tidak korup dan menghormati agama orang lain.

Beliau menepis percubaan untuk mencetuskan perdebatan mengenai isu hudud sambil menyifatkannya sebagai satu lagi percubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.

Lim menyifatkan isu yang cuba dimainkan BN sama seperti memainkan lagu lama.

"Mereka memainkannya lagi dan lagi. Kita telah mendengarnya sejak zaman kanak-kanak kita dan saya pasti cucu-cucu kita akan mendengarnya lagi," katanya..

Lim kemudiannya meminta Pengerusi BN Pulau Pinang menjelaskan bagaimana Gerakan boleh berkerjasama dengan Umno yang merestui pemimpin-pemimpin "perkauman" seperti Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dato' Ibrahim Ali dan Naib Presidennya, Dato' Zulkifli Nordin.

"Sudah sampai masanya rakyat membuka mata dan melihat semua pembohongan BN," kata beliau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles