Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Benarkah wujud "PROJEK KHAS" dalam Undi Pos..???

$
0
0
~ UNDI POS TERDEDAH PENIPUAN ~

ALOR SETAR: Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Kedah mendedahkan bahawa pengundian pos untuk PRU13 masih terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan berikutan tidak wujudnya prosedur calitan dakwat kekal dijari pengundi berkenaan.

Malah, amat meragukan apabila jumlah pengundi pos meningkat dengan mendadak di kebanyakan Dun di mana berlaku penambahan sehingga 200 peratus.

Pengarah JPN Kedah, Senator Dato’ Muhamad Yusuf Husin berkata, terdapat lebih 30,000 pengundi pos di seluruh Kedah melibatkan anggota tentera dan polis, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media serta luar negara. Beliau juga mendedahkan, JPN mengesan pertindanan kad pengenalan di seluruh negeri Kedah melibatkan 2,058 orang.

Membentangkan kemungkinan penipuan dimaksudkan, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Aris Awang memperincikan dua kaedah ‘projek khas’ yang boleh disusun untuk tujuan itu.

Beliau memberikan contoh seorang petugas media ‘projek khas’ yang merupakan pengundi berdaftar di satu tempat telah mengundi secara pos tanpa jari dicalitkan dakwat kekal.

Berikutan jarinya tidak bertanda dakwat kekal dan terdapat kesilapan kecil kurang dari dua digit nombor kad pengenalan yang juga disengajakan sejak awal, petugas media tersebut hanya perlu mengisi Borang Akuan 11 diperuntukkan SPR sebagai perakuan bahawa beliau belum pernah mengundi di pusat pengundian tersebut atau di mana-mana.

Manakala kaedah kedua, adalah menerusi kad pengenalan ‘projek khas’ sebagaimana rahsia umum yang telah sedia maklum diseluruh negara sebelum ini melibatkan seorang individu bertindak sebagai pengundi pos dan pengundi biasa.

Ujarnya, tidak ada mekanisma jelas dari SPR untuk menangani perkara itu dan PAS Kedah mencadangkan semua pengundi pos dalam negara hadir ke tempat-tempat ditentukan Pegawai Pengurus Tempat Pengundian dan dicalit pada mereka dakwat kekal.

Terang beliau, tindakan itu wajib dilakukan sebelum 5 Mei dengan disaksikan wakil calon dari setiap parti bertanding.

PAS Kedah juga mencadangkan agar semua undi pos itu dimansuh dan dibatalkan, sebaliknya diadakan pengundian awal sebelum 5 Mei dengan disaksikan juga oleh wakil calon dari setiap parti bertanding.

Beliau turut menegaskan bahawa tatacara pos tidak efisien dan terdedah kepada unsur jahat (mala fade).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707