NAJIIB TELAH DIHIDANGKAN DENGAN JADAM YANG PAHIT OLEH UMCEDEL
Akhbar akar umbi, Sinar Harian telah melapurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung Anwar Ibrahim lebih layak menjadi PM sebagai karut sebaliknya menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan” kata Najib yang dipetik dari Sinar Harian.
Kenyataan beliau tersebut adalah sebagai respon kepada dapatan kajian Umcedel yang membuktikan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara hanya 39 peratus memihak kepada beliau.
Kemelentingan dan kelatahan beliau dalam hal tersebut ternyata memperlihatkan DS Najib tidak dapat menelan kepahitan jadam realiti dapatan kajian tersebut.
Najib harus membuktikan dengan membentang data-data kukuh apabila beliau menyatakan BN berada di hadapan. Begitu juga apabila menyatakan BN ada tinjauan mereka yang sendiri beliau seharusnya tidak melenting kerana dibimbangi tinjuan ini datang dari pembodek-pembodek tegar di sekeliling beliau yang sentiasa mengalunkan lagu-lagu indah untuk beliau terlena dalam lamunan mimpi yang tak sudah.
Di dalam kertas tinjuan itu juga Umcedel telah mendedahkan 46 peratus pengundi muda memihak kepada Anwar Ibrahim manakala hanya 39 peratus memihak kepada DS Najib.
Ini jelas memperlihatkan transformasi Najib hanya berlegar-legar di peringkat atas sahaja tanpa betul-betul turun ke akar umbi atau ke urat nadi anak muda di bawah. Tidak dapat dinafikan sasaran tepat anak muda sukar didekati kerana disekat oleh kelompok-kelompok UMNO bawahan.
Hakikatnya di dalam tempoh berkempen ini pun jelas memperlihatkan terdapat calun-calun BN sendiri yang bengong dan memperlekehkan peranan media-media sosial malah ada yang gagal menguasainya dengan berkesan secara konsisten.
Aura Najib secara individu memang hebat tetapi calun-calun yang di bawah "wal hasil balik asal, itu pasal tak hasil". Tidak ada satu jaminan aura tersebut akan diterjemahkan di atas kertas undi kerana calun-calun yang lembab.
Author MUMMY ROKIAH