Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

PRU13: INIKALILAH.......... Wamakaru Wamakarallah.......!!!!

$
0
0

Oleh Monier Mat Din

Baru-baru ini saya ada bersembang dengan tujuh orang kawan-kawan berbangsa Cina di tempat kerja. Saja lah nak survey tengok trend terkini politik kaum Cina dan juga sebab musabab kenapa sokongan mereka terhadap Pakatan naik begitu mendadak sekali di PRU-13 ini.

Daripada tujuh orang yang saya interview secara random ini, di awal musim kempen selepas hari penamaan calon hari itu, 6 orang memang solid sokong Pakatan, cuma seorang saja yang nampaknya ada kecenderungan untuk terus bersama MCA/BN.

Bila sembang dengan mereka ini khususnya yang solid bersama Pakatan, bila saya tanya 3 sebab utama kenapa mereka memilih untuk menyokong Pakatan, dan bukannya BN; bila mereka habag mai sebab musabab itu, maka pahamlah saya kenapa begitu ramai kaum Cina memberi sokongan yang padu kepada Pakatan kali ini.
(Adegan yang UMNO/BN tidak ingin lihat: Kaum Wanita Tionghua berbaju Bulan dan Muslimat PAS berjubah hijau, kedua-duanya bergabung menjadi satu – untuk melihat UMNO hancur menjadi debu)

Saya minta 3 sebab saja, tapi yg depa duk habag mai berjela-jela sampai tak larat nak tulis.

Antara isu yang utama ialah bab perkauman, depa tak puas hati sungguh dengan demo oleh kuncu-kuncu UMNO di Komtar dan Penang Bridge hari tu. Bukan takat demo, tapi mai hantar keranda, taik, bagi kad raya envelop putih dan lain-lain yang asalnya mungkin dituju kepada Lim Guan Eng saja, tapi macam juga dengan kisah MCA Chua Soi Lek menghina hudud yg asalnya dituju kepada PAS saja, tapi org2 Melayu Islam atas pagar pun terasa. Macam itu juga dengan bentuk penghinaan ke atas Guan Eng ini, walaupun target kepada Guan Eng, tapi Cina-Cina biasa pun marah.

Sudahlah tu, tiada tindakan yang KERAS daripada pihak berkenaan terhadap demo/tindakan ganas yang sah-sah dilihat berbentuk hasutan dan perkauman ini. Menurut seorang respondant yang saya interview itu, dia cakap inilah yang orang-orang Cina kata sebagai 2-DIFFERENT RULES, maksudnya dua Undang-Undang yang berbeda, kalau untuk group sendiri tak apa, boleh tolak ansur tak perlu ambik tindakan, tapi kalau group lain yang buat, cepat-cepat ambik tindakan kena tangkap nak sebagainya, Mereka tanya, where got fair like this? – mana adilnya?

Seterusnya bab transperancies/ketelusan. Seorang respondant itu memberitahu saya, dia cakap dalam bab SULU misalnya. Waktu jadi kes SULU hari itu, mereka semua tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku, tapi tidak ada orang yang dapat menceritakan kepada mereka kisah yang sebenarnya. Nasib baik zaman ini ada internet, lalu mereka pun access Internet Suratkhabar dari Filipina. Masalahnya, bila kita banyak baca berita dari berbagai sumber dalam internet ini, orang jadi tak pasti dan mula buat spekulasi sendiri.

Kata sahabat Cina saya ini:

“Bila Tian Chua buat spekulasi dan buka theory sendiri, opss terus kena cekup dan diserang di merata ceramah, orang demo dan sekat beliau di sana-sini; bukan salah Tian Chua, dia cuma buat spekulasi berdasarkan maklumat terhad yang dia ada. Itu saja”.

Dalam kes Sulu ini, orang-orang Cina jadi kesian dan simpati kat Tian Chua di atas sebab yang tersebut di atas, maka secara logiknya rasa simpati ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan untuk Pakatan dalam PRU kali ini.

Dua tiga minggu lepas saya ada terbaca berita seorang pegawai atasan UMNO saman Tian Chua lagi pasal kenyataan terbaru Tian Chua, tak silap saya dlm suara KeADILan mengenai isu Sulu ini. Lagilah orang-orang Cina simpati kat dia, tak cukup kena cekup, kena sekat, sekarang kena saman pula. Kata mereka, di manakah transperancies/ketelusan?

Sorang itu pula cerita bab monopoli ekonomi oleh kroni-kroni UMNO/BN/MCA. Dia bagi contoh industry gula; sejak PRU-12, bulan Mac 2008 sampai hari ini, sudah 5 kali harga gula naik. Bila naik harga gula, harga brg2 lain yang berkaitan dan kadang-kadang tak berkaitan pun naik juga. Gula itu sepatutnya murah aje, tapi sebab industry gula dimonopoli oleh kroni UMNO/BN, maka orang lain tak boleh buka kilang gula sewenang-wenangnya. Kata dia, cuba open bagi semua orang boleh buka kilang gula ini, nescaya berlambak-lambak gula di pasaran, harga akan jatuh dan semua orang gembira. Tiap kali harga gula naik macam-macam alasan yang depa bagi, sedangkan harga gula itu tak patut naik pun. Ini semua kroni – mana adilnya?

Kawan Cina saya yang sorang itu pulak cakap, dia tak suka UMNO bukan bermakna dia tak suka orang MELAYU. Dia kata, I want to make itu clear, vote against UMNO doesn’t mean I am against MALAY – Saya undi UMNO tak bermakna saya anti Melayu. Kata dia lagi, di Malaysia ini orang-orang Melayu adalah bangsa majority, walau apapun perubahan politik yang berlaku, orang-orang Melayu akan tetap menjadi bangsa majoriti, yang menguasai politik/pemerintahan negara, menjadi PM dan sebagainya. Maka, dalam keadaan UMNO tak perform ini, sebagai rakyat biasa kita perlu pilih orang Melayu lain atau pun kumpulan Melayu lain yang boleh perform untuk ganti UMNO memerintah Negara kita tercinta ini. Sebab itu dia pilih Pakatan – untuk menggantikan BN. Mudah saja!

Seorang kawan itu pula cakap, dulu di tahun 2008 dulu orang-orang Cina khususnya di Penang ditakutkan oleh MCA/BN/Gerakan dengan amaran dan kata-kata, jangan cuba-cuba nak CUBA tukar kerajaan, nanti “MATI 5 TAHUN” iaitu “YOU TRY – YOU DIE 5 YEARS”. Kata kawan saya ini, walaupun takut (sebab kaum Cina ini secara lazimnya cukup pantang dengan perkataan MATI ini), mereka cuba tukar juga.

Hasilnya sudah 5 tahun, tak mati-mati pun; yang matinya kata kawan saya ini ialah BN/MCA/Gerakan di Pulau Pinang. “We didn’t die but MCA/Gerakan die!”.

Yang bestnya kawan saya ini cakap, dulu-dulu BN/MCA/Gerakan/UMNO selalu guna kata-kata “A vote for DAP is a vote for PAS” (Undi untuk DAP bermakna satu Undi untuk PAS). Masalahnya, hari ini tak perlu undi DAP atau pun undi PAS pun, orang-orang Cina dah sokong PAS; bukan setakat penaik bendera PAS tapi siap pakai baju PAS lagi.

Ini yang BN/MCA/Gerakan penin ini – terus tak ada modal dah nak attack Pakatan dalam bab undi DAP sama dengan undi PAS di Penang ini.
(Seorang lelaki berbangsa Tionghua bukan sekadar memakai baju dan topi lambang PAS, tapi turut menyelimutkan dirinya dengan bendera PAS – sebuah perlambangan bahawa orang-orang Cina di Malaysia hari ini sudah merasa selamat dan selesa bersama PAS)

Oh ya, dari 7 orang respondant itu, di awal musim kempen PRU hari itu, cuma seorang saja yang masih cenderung kepada MCA/BN. Semalam, bila saya sembang dengan beliau sekali lagi, kali ini beliau sudah jadi berbelah bahagi – kemungkinan besar akan undi Pakatan. Sebab apa? – sebab beliau teruja bila tengok You Tube gambar ratusan ribu orang menyambut TG Nik Aziz di Putrajaya dan juga perhimpunan 70,000 orang-orang Cina di Han Jiang School di Penang menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan di Penang. Kata dia: "Looks like Pakatan is getting stronger and stronger, I think my vote goes to Pakatan this time". (Pakatan nampaknya semakin kuat, nampak gayanya undi saya akan berpihak kepada Pakatan kali ini).

Habislah BN!!

Wamakaru, Wamakarallah.

Sekian sedikit perkongsian untuk maklumat bersama.

moniermatdin@yahoo.com
1.5.13
http://www,mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707