Oleh IZWAN ABDUL HALIM
Image may be NSFW.
Clik here to view.
AKYAT kekal menjadi subjek utama caloncalon Pilihan Raya Umum Ke-13 PAS Kedah sekiranya diberi kepercayaan memimpin di Dun yang ditandingi. Rata-rata mahu memberi fokus kepada isu kemiskinan, kebajikan, pendidikan serta pembangunan infrastruktur.
Clik here to view.

Mengambil realiti Langkawi sebagai Pulau Pelancongan, calon PAS N.01 Ayer Hangat, Zubir Ahmad yang dipertaruhkan untuk kali ketiga menyatakan komitmen agar sektor pelancongan kekal memberi impak kesejahteraan untuk penduduk pulau itu.
Ujarnya, penambahbaikan untuk menarik kepesatan pelancongan akan dilipatgandakan menerusi peningkatan infrastruktur, pemeliharaan alam sekitar semulajadi dan program pelancongan.
Katanya, kawalan juga akan dilakukan agar pelancongan di pulau itu menjadi sektor yang diberkati dan selesa untuk menarik pelancong dari pelbagai budaya.
Beliau berharap usaha pembangunan pendidikan juga akan digiatkan lagi dan membantu menyelesaikan banyak masalah penduduk terutamanya melibatkan isu pemilikan tanah selain memastikan penduduk Dunnya tidak ketinggalan dari kesan pelancongan ke pulau itu khususnya aspek ekonomi.
Bersama harapan mempertahankan kemenangan Kedah, kemenangan N.03 Kota Siputeh diharapkan dari Ismail Wan Teh, 51 tahun.
Katanya, beliau sudah bersedia untuk menawarkan khidmatnya kepada penduduk dengan fokus terhadap kebajikan.
Beliau juga menjanjikan pelaksanaan tanggung jawab sebaik mungkin serta keberkesanan sistem penyaluran kepada penduduk terhadap semua usaha kerajaan.
Selain bersedia mempertahankan kemenangan N.04 Ayer Hitam, calonnya, Ustaz Abd Ghani Ahmad juga bersedia menyambung khidmat yang telah diberikan kepada penduduk selama ini. Ujarnya, kemenangan di Dun itu dan menjadi kerajaan penting agar agenda sebelum ini terus dapat dilangsungkan.
Maklumnya, beberapa perkara yang telah tertangguh puluhan tahun semasa di bawah pemerintahan BN berjaya diselesaikan semasa pentadbiran PAS. Antara harapan beliau adalah agar projek hidrokarbon di Jerlun mampu menjadi kenyataan sekali gus menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduknya.
Doktor perubatan, Dr Rohani Abd Muttalib sekali lagi menjadi taruhan di N.06 Jitra. Berpotensi merampas kerusi itu untuk pertama kali dari BN, beliau meletakkan agenda memartabatkan wanita meliputi aspek pendidikan, kesihatan jasmani, hala tuju hidup, kerohanian, kebajikan serta keterlibatan dalam masyarakat sebagai komitmen yang akan digerakkannya.
Beliau melahirkan keyakinan tawaran caruman wanita yang terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat mampu merangsang sokongan wanita.
Masyarakat sejahtera
Membawa misi penting untuk memenangi N.07 Kuala Nerang bagi mengukuhkan kemenangan kerusi P.007 Padang Terap, calon PAS, Syed Ibrahim Syed Omar sedia berkhidmat untuk membangunkan taraf hidup penduduk ke arah mencapai masyarakat sejahtera.
Ujarnya, perhatian akan diberi kepada aspek ekonomi, sosial dan pendidikan. Menurut beliau, keutamaan akan sentiasa diberikan terhadap penduduk dalam menyalurkan usaha ke arah itu berbanding corak pentadbiran Umno-BN yang mengutamakan kepentingan pimpinan mereka.
Calon N.09 Bukit Lada, Ustaz Ahmad ‘Izzat Mohamad Shauki selaku penyandang kerusi akan memastikan pembangunan insan, pendidikan dan kemudahan asas menjadi agenda yang dijayakannya.
Beliau juga berhasrat mewujudkan konsep penghayatan ilmu sepanjang hayat dengan harapan institusi masjid menjadi terajunya.
Selain itu, usaha menambah pendapatan rakyat akan diadakan menerusi penjanaan projek hiliran secara terancang.
Soal kesejahteraan dan keselamatan serta keselesaan hidup penduduk menjadi fokus bagi muka baru untuk N.10 Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim. Ujarnya, beliau akan memastikan prasarana yang sewajarnya dipenuhi bagi keperluan penduduk.
Katanya, keutamaan beliau adalah memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dengan memastikan kebajikan mereka terpelihara.
Bertanding untuk pertama kali, Ustaz Ahmad Yahaya bertekad meneruskan kesinambungan legasi Dato’ Dr Ismail Salleh untuk N.14 Alor Mengkudu.
Ujarnya, beliau sedia memberikan khidmat terbaik kepada penduduk selain melakukan penambahbaikan kepada komitmen sedia ada.
Beliau juga berkata, usahanya menjurus kepada melengkap dan menyempurnakan rancangan sebelum ini serta membantu kerajaan negeri menjadi lebih diyakini seluruh rakyat.
Dato’ Ir Amiruddin Hamzah pula akan terus mempertahankan kemenangannya sejak 2002 bagi N.15 Anak Bukit. Menimba pengalaman berharga sepenggal sebagai Exco Kerajaan Negeri, beliau tentunya akan melanjutkan agenda kerajaan negeri dengan lebih baik kepada penduduk di Dunnya.
Manakala penyandang N.16 Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kekal sekali lagi untuk mempertahankan kerusinya. Komitmennya sepenggal di bawah Kerajaan Negeri Kedah akan digiatkan lagi untuk penggal berikutnya.
Sementara Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi juga turut kekal di N.17 Pengkalan Kundor bagi melangsungkan usaha beliau di Dun tersebut.
Komitmen beliau telah sebati dengan penduduk serta anggota parti di mana beliau juga adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah.
Untuk N.18 Tokai mengekalkan calon Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul bagi mempertahankan kerusi tersebut.
Muka baru yang diharap merampas N.19 Sungai Tiang dari BN, Fadzil Baharum menggagaskan usaha pembasmian kemiskinan sebagai agendanya.
Jelasnya, usaha itu akan dilakukan dengan meningkatkan taraf hidup menerusi program pertanian dan penternakan. Beliau juga memberi komitmen agar kemudahan asas di Sungai Tiang dipertingkatkan selain program pendidikan menerusi tuisyen dan kemudahan Wi-Fi percuma.
Dun N.20 Sungai Limau dilihat masih sebagai kerusi Menteri Besar apabila Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak mengekalkan pencalonannya.
Manakala bekas calon Dun Bayu, Ustaz Musoddak Ahmad pula mengisi N.21 Guar Chempedak dengan ikrar memastikan manifesto Pakatan Rakyat terlaksana sebaiknya di Dun tersebut dan seluruh negeri Kedah.
Ilmu dan perpaduan
Bagi Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan yang bertanding pertama kali di N.23 Belantik meletakkan sasaran meningkatkan taraf hidup penduduk yang sedia maklum agak terpinggir dari arus pembangunan negeri.
Ujarnya, beliau berharap dapat meniupkan fikrah di kalangan penduduk untuk menjadikan masjid dan surau sebagai tempat tumpuan agar terbina kesatuan dan aktiviti di kalangan penduduk.
Di N.24 Jeneri, PAS mempertaruhkan calon baru, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, 37 tahun, seorang pendidik berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya menggantikan Dato’ Yahya Abdullah.
Menurut penerima Anugerah Tokoh Anak Muda (Sukarelawan) Negeri Kedah ini, beliau berazam untuk sedaya upaya mewujudkan suasana terbaik khususnya bagi anak muda secara pengemblengan ilmu dan perpaduan selain menghayati kehidupan sebagai muslim yang gigih membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.
Beliau juga mahu memanjangkan harapan rakyat Kedah untuk melihat kesejahteraan kekal terpelihara di negeri ini dengan agenda untuk kerajaan negeri meningkatkan lagi perhatian kepada anak muda dari segi pendidikan dan keupayaan ekonomi sara diri.
Pengganti di N.26 Tanjong Dawai, Ustaz Ahmad Fakruddin Fakrurazi menyatakan iltizam agar agenda yang telah digerakkan bekas Adun, Dato’ Dr Hamdan Mohamed Khalib pada sesi lalu terus dilangsungkan.
Ujarnya, usaha akan difokusnya adalah untuk meningkatkan kedudukan dan martabat penduduk selain berusaha membantu kerajaan negeri meningkatkan kecekapan pentadbiran.
Bagi penyandang N.27 Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh, kepelbagaian aktiviti ke arah memajukan lagi pelancongan ke Dun tersebut akan diusahakan beliau.
Termasuk akan terus digerakkan adalah agenda Kedah Sejahtera yang diterjemahkan sebelum ini menerusi Skim Kafalah, bantuan bencana, bantuan kemiskinan dan bantuan pengajian tinggi.
Selain itu katanya, penambahbaikan infrastruktur kemudahan asas akan terus dibawa ke Dun Pantai Merdeka.
Guru agama, Ustaz Mahmud Yaacob menjadi taruhan untuk merampas kerusi N.30 Bayu dari BN.
Beliau bertekad sekiranya memenangi kerusi tersebut, usaha ke arah meningkatkan taraf hidup penduduk akan digiatkan.
Ujarnya, pembinaan generasi celik agama akan terus dipertahankan dan dikembangkan lagi hingga penduduk Bayu berjaya dalam bidang lain yang mereka ceburi.
Ustaz Mahmud meletakkan hasrat agar Kedah terus ditadbir dan maju selari dengan kekuatan agama.
Isu kemiskinan rakyat Penyandang N.31, Kupang, Johari Abdullah, 47 tahun pula merakamkan iltizam untuk memastikan agenda yang digariskan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Kedah dapat diterjemahkan ke Dun beliau.
Johari turut melihat isu kemiskinan rakyat sebagai terma yang akan terus dibelanya selain memastikan kemudahan infrastruktur dan perumahan dapat dibawa ke Kupang secukupnya.
Pertanian dan perumahan diharap antara perkara yang akan dijayakan dengan bantuan kerajaan negeri pada penggal ini sekiranya masih diberikan kepercayaan, demikian komitmen calon N.32 Kuala Ketil, Md Zuki Yusof. Beliau berharap agar perumahan akan rancak dibina di Dun itu sejajar dengan pembangunan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) selain memajukannya sebagai Bandar Ilmu.
Beliau juga mahu usaha tebus guna tanah bagi tujuan pertanian dipertingkatkan sebagai usaha meningkatkan taraf hidup penduduk.
Kerusi sandaran kaum hawa kekal di N.33 Merbau Pulas menyaksikan penyandang, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali untuk terus mempertahankan kemenangannya. Beliau akan terus membawa agenda membela kebajikan penduduk khususnya golongan miskin.
Selain itu, beliau mahu memastikan penduduk di Dunnya tidak ketinggalan dari arus pembangunan negeri Kedah yang semakin melimpah berikutan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Ustazah Ashah juga mengemukakan hasrat agar kaum wanita negeri Kedah dilibatkan secara aktif dalam bidang ekonomi dan pendidikan selain pembangunan rohani. Ujarnya, pembangunan wanita amat penting sebagai kekuatan keluarga sekali gus mencapai hasrat Kedah Sejahtera.
Ketakwaan kepada Allah Membawa misi mempertahankan kemenangan di pintu sempadan Kedah, calon baru N.36 Bandar Baharu, Mohd Khairi Mohd Salleh meletakkan komitmen bahawa agendanya bersandarkan Perlembagaan PAS iaitu untuk menyempurnakan ketakwaan kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia.
Menjelaskan maksud itu, beliau berkata, usaha menyempurnakan ketakwaan kepada Allah akan digiatkan menerusi majlis ilmu, penghayatan solat dan memakmurkan surau, masjid serta pendidikan.
Manakala, kebaktian sesama manusia akan diterjemahkan menerusi gerakerja kebajikan, mengeratkan silaturahim ahli masyarakat serta penyediaan infrastruktur asas yang secukupnya.
Beliau juga berharap, sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, suaranya akan dipanjangkan agar pembinaan Hospital Besar Daerah dapat direalisasikan.