Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

SPR bagi jaminan akan ketahanan dakwat kekal tak akan hilang sehingga 5 ke 7 hari..!!!

$
0
0
PRU-13: SPR jamin ketahanan dakwat kekal

PUTRAJAYA 2 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa kesan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, dakwat itu sudah diuji, diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata, ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 minit sebelum digunakan.

Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua.

"...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media SPR di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130502/px_94/PRU-13-SPR-jamin-ketahanan-dakwat-kekal#ixzz2S7OQRUCB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707