KEMPEN Pilihan Raya Umum Ke-13 di Kedah kali ini cukup unik apabila partiparti yang bertanding melahirkan kempen dengan lebih kreatif melalui pembinaan replika pelbagai jenis pesawat, kapal selam dan kereta kebal menggunakan warna dan lambang parti.
Paling menarik dan menjadi rebutan ialah replika Boeing 747 yang dibina di Markas PAS Cawangan Kg Batu Besar, di Dun Jeneri dalam Parlimen Sik.
Replika ini menjadi perhatian dan sambutan ramai setiap hari selepas ianya disiapkan beberapa bulan lalu sebagai bahan kempen PAS di sini.
Replika sepanjang 58 kaki itu menjadi salah satu produk pelancongan apabila hampir setiap hari ribuan pengunjung datang dari jauh semata-mata untuk melihat keunikan replika ini.
Ia dibina oleh ah
li-ahli Pemuda PAS Cawangan Kg Batu Besar dengan kos RM7,000 dan selamat dirasmikan oleh Ulama terkenal, Tuan Guru Salleh Musa yang menjadi Mudir Madrasah Ar-Rahmaniah.

Beliau adalah tokoh Ulama Kedah dan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.
Sementara di Baling pula, Cincin yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditemui di sini dengan replika Cincin dicap dengan tanda harga RM24 juta dibina di tepi Jalan menuju Markas PAS Dun Bayu.
Replika cincin yang diperbuat daripada tayar buruk bersalut kain warna kuning dan tarbus merah sebagai permata menjadi simbolik kepada kempen menolak Rosmah yang menguasai kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak kerana amalan pemborosan melampau.
Selain itu replika cincin yang lebih besar dibina di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Tupai di Baling dengan tambahan replika lain seperti Beg Tangan Hermettz, Kasut, patung pemberontak sulu dengan tertera perkataan 'Pemberontak Sulu ada Kad Pengenalan" selain replika kapal terbang tiada enjin.
Di Belantik pula, sebuah replika helikopter dibina khas di Pejabat Pemuda PAS Belantik dekat Bandar Beris Jaya.Helikopter dengan tertera bendera Kedah dan seolah-olah berfungsi dengan kipasnya bergerak sentiasa.
Sementara di Pendang, dikebanyakan UPU di sini lebih banyak menghias kempen mere
ka dengan replika kapal terbang, Menara Berkembar Petronas dan kapal selam Scorpene.
Keunikan replika sebagai bahan kempen menjadi daya penarik, malah menjadi trend bukan sahaja di pihak PAS, malah BN juga menggunakan kaedah yang sama walaupun bentuk replika hanya terhad kepada pesawat sahaja.