Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Jika macam nie punya kelaku pucuk pimpinan PAS sg acheh... Pecat mereka semua....!

$
0
0
N21 Sg Acheh · 2,971 like this 33 minutes ago ·

Salam semua, sy tak dapat halang kpd sesiapa yg marah, terpulanglah... tapi sebelum itu, dgrlah dulu penjelasan saya kenapa bertindak sebegini. Sasaran kami adalah Umno, x pernah yg lain. Malah kami tetap berperanan menyerang UmnoBN di peringkat nasional wlpun di Sg Acheh byk masalah. Tapi dari awal lagi ketika TG Presiden umum bagi laluan kpd CB, keesokkannya naik billboard PAS...

keadaan tegang seketika, lahir pula pengumuman PJ Pas PP yg menegaskan beri laluan kpd PKR, meredakan keadaaan. 2/3 hari selepas itu, kami terserempak dgn muslimat PAS yg berkempen bg pihak calon PAS, siap dgn gambar, siap dgn bukti, sy naikkan di page ini... kenapa?

Sedangkan petang sebelumnya Timbalan Presiden PAS sendiri dtg ke Sg Acheh membetulkan keadaan, tapi arahan tidak diendah. kemudian, chegubard sempat bertemu TG Hadi Awang dan sekali lagi TG Presiden memberi jaminan semuanya selesai. Keadaan reda selama beberapa hari dan dilihat byk yg pulih, dilihat seolah2 telah selesai, kami terus kerja lawan umno hingga peringkat nasional...


Ketika yg sama, che'GuBard punya masa yg byk utk berkempen di luar kawasan dan tempat PAS antara yang di singgah termasuk P.Buntar, Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bayan Lepas. Akhirnya semalam satu berita yg sgt tidak baik untuk semua, samada kami, PAS mahupun Pakatan Rakyat. kami punya bukti calon PAS kembali ke Sg Acheh dlm bentuk video, turut mengheret nama KP PAS yg saya sanjung. Saya naikkan video ini dalam page... kenapa?

Kerana kami tiada pilihan lain lagi, byk lagi yg boleh diperkata tapi saya memilih jalan utk tidak memanjangkannya lagi, cukup sekadar video ini. Apa lagi pilihan yg kami ada wahai saudaraku yg budiman? kami naikkan video dengan harapan akan ada dari kalangan saudara semua yg mampu beri tekanan kpd mereka di atas semangat Pakatan Rakyat, bantu kami selesai masalah...

Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini lagi, saya sudah menghubungi al-fadhil ustaz Nasrudin Tantawi dan beliau juga sudah hubungi calon PAS mencari jalan penyelesaian kerana berlaku sedikit salah faham maksud KP PAS kpd calon PAS untuk balik ke Sg Acheh. Di pihak kami juga, akan cuba redakan ketegangan.

Tinggal dua hari lagi, kami terus bekerja menangkan PR dan mengharapkan bantuan semua. Saya juga sebagai admin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya tindakkan saya ini mengundang perasaan tidak elok di kalangan kita. Tapi percayalah, saya tidak banyak pilihan, anda di PAGE N21 inilah pilihan saya untuk sama berfikir, sama mencari kemenangan bersama.

ika masih ada yang marah, mohonlah fahami apa yg dilalui. Saya percaya masing2 punya pendapat, punya pandangan tersendiri, saya hormat semua.

Terima kasih kepada semua yang menyokong dan yang mengkritik secara membina. InshaAllah kita semua akan mengharungi hari besar pada Ahad ini, semuga Allah bersama kita dengan perjuangan di jalanNya dan demi rakyat, kita harus berdepan hari besar ini dengan berani.

Terima kasih kerna prihatin, mendengar penjelasan saya, Admin utama page N21 Sg Acheh - Edy Noor Reduan

Assalamualaikum wbt

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles