Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Analisa KAWASAN PARLIMEN PR di Kedah... ada banyak tak kena nampaknya..!!

$
0
0
Assalamu'alaikum, selamat pagi, salam 1dunie...

Panas jugak malam pengumuman itu, nak-nak jatuh pulak tanah tumpah darah NEGERI JELAPANG PADI.. 'Lepas ni jadi JELAPANG BIRU balik laa' ,lawak kawan gue..

Dan paling tidak boleh diterima dalam analisa awal melalui pengumuman Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Yusof Hussain (mantan Senator Dewan Negara bertaraf Dato' dahh) adalah "faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang 'all out' "

Dah memang pilihanraya, mestilah semua 'all out' ..Awat Pas Kedah tak mau 'all out' gila-gila waktu hari tu, pastu nak bg alasan si Mukhriz tu dah 'all out' ???

Paling mengecewakan apabila Pas sendiri yang gagal mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen yang pernah dimenangi di Kedah iaitu; P7 Padang Terap, P11 Pendang, P12 Jerai, P13 Sik dan P16 Baling.

Pas juga hanya menang 9 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008.

Parlimen Padang Terap dan Sik sememangnya telah dijangka bakal 'bergoncang' apabila keputusan PRU-12 lalu sekadar mencatatkan majoriti dibawah 1000 undi. Manakala majoriti 2299 undi di Parlimen Jerai juga sepatutnya tidak berasa selesa dan dipandang enteng oleh calon Pas yang juga penyandang kerusi tersebut. Ini berdasarkan nama dan jawatan menteri agama oleh calon BN tersebut dianggap 'mulia' pada segelintir pengundi Parlimen Jerai.

Parlimen Pendang, Baling mengejutkan
Mengejutkan pula di Parlimen Pendang dan Baling yang dianggap kubu selamat Pas selepas mencatatkan kemenangan melebihi 4000 undi pada PRU yang lepas. Nama Abang Mat selaku Timbalan Presiden PAS kalau di atas sememangnya sudah popular di kalangan pengundi bukan sekadar di Parlimen Pendang atau negeri Kedah, tetapi seantero negara.

Bisik-bisik Abang Mat telah disabotaj juga kedengaran memandangkan lawannya bekas YB yang sudah expired tetapi terpaksa di-recycle kembali disebabkan mereka sudah tiada calon sesuai menentang Abang Mat Sabu.

Parlimen Pendang sebelum ini dianggap kawasan yang selamat selepas Allahyarham Dato' Fadzil Noor sendiri 'memugarnya' pada PRU tahun 1999 dan diteruskan dalam 2 kali PRU oleh Dr Hayati Othman 'meletakkan benih dan baja'. Dan sekali lagi di atas kertas, Abang Mat Sabu tidak perlu bersusah-payah untuk 'menuainya'. Di sini dua isu berlaku adalah sama ada isu pengundi hantu atau 'sabotaj' oleh pengundi sendiri.

Senario  di Parlimen Baling mungkin agak berliku dengan track record menunjukkan calon BN dan PAS saling bertukar ganti, mengikut selera pengundi. Tetapi isu semasa yang dimainkan oleh 'orang dalam' berkenaan isu Memali mengakibatkan Pas Kawasan Baling sibuk menjawab berbanding menghebahkan tawaran manifesto PR kepada penduduk pedalaman.

Dengan majoriti 7613 undi yang diperoleh Ustaz Taib Azamudden dalam PRU yang lalu, dan kerusi DUN Kupang yang dimenangi penyandang dan merupakan calon PAS, Cikgu Johari Abdullah sepatutnya PRU 13 kali ini dapat dimenangi dengan mudah.

Ironinya sentimen permasalahan Tabung Memali yang gagal dijawab di peringkat pusat, sekadar mengharapkan Pas Kawasan Baling untuk menyelesaikannya mengakibatkan Parlimen Baling dan dua DUN iaitu Kupang dan Bayu 'sudah bungkus' ditawan BN dan sekadar memenangi kerusi di DUN Kuala Ketil.

Prestasi PKR menurun

PKR yang bertanding di 7 Parlimen dan memenangi di 4 Parlimen disifatkan menurun berbanding PRU 2008.

Antara parlimen yang ditandingi dan dimenangi calon-calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU kali ini adalah P009 Alor Setar, P010 Kuala Kedah, P015 Sungai Petani, P017 Padang Serai.

Parlimen yang gagal dipertahankan adalah P014 Merbok dan P018 Bandar Baharu Kulim. Kedua-dua parlimen tersebut sebenarnya 'sudah kalah sebelum bertanding' apabila tidak memiliki jentera operasi pilihanraya parti sendiri dan 'track record' bekas penyandang sebelum ini juga 'tidak memuaskan'.


PAS Kedah akui kelemahan strategi

Sedikit melegakan kepimpinan Parti PAS mengakui prestasi buruk parti PAS dan PKR pada PRU13 mungkin disebabkan beberapa faktor seperti melibatkan kepimpinan parti, percaturan calon tidak sesuai, jentera dan kelemahan dalam organisasi terutama di kawasan yang tewas.

Pada PRU13 semalam, Pas hanya menang sembilan daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundur berkata, "Bila berlaku kekalahan seperti ini, Pas Pusat akan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji semua struktur kepimpinan bagi melihat dari segi jangka masa panjang."

Katanya semua cawangan dan kawasan dalam Pas akan mengadakan mesyuarat agung dan membuat pelantikan baharu dalam masa terdekat.

"Selepas mesyuarat agung tahunan Pas Pusat, jawatan Pesuruhjaya negeri akan dilantik semula. Jika perlu perubahan, kepimpinan Pas Pusat akan membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Bagi penulis pula, mungkin ini asbab terbaik bagi Allah nak menunjukkan kepada pemimpin-pemimpin Pas Kedah yang di atas. Sebelum ini banyak cakap-cakap mereka yang seolah-olah takbur dan lupa bagaimana mereka ketika belum memegang jawatan.

Ada yang diberi darjah kebesaran Dato' sudah mula bersembang hal-hal projek. Ada juga yang pantang ditegur sudah mula melenting. Usrah-usrah di cawangan dan kawasan mula ditinggalkan, atas alasan mendapat panggilan DYM Tuanku Sultan.

Jangan lupa semua itu cuma ujian dunia.

p/s: Lepas ini pakat letak-letak jawatan, bagi yang muda-muda sikit. Bagi yang intelligent sikit, nak atur strategi tu. Yang tua-tua selesaikan masalah kat kawasan dulu, baru senang kerja kat Batu 9 tu. Ameen.

PENGANALISIS CABOK...
MENYUSUL ANALISIS DUN KEDAH PULAKK

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles