Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Prof Agus sarankan semua terima sahaja keputusan SPR jika tak puas hati buat petisyen..!!

$
0
0
 
Saya menerima pertanyaan: patutkah hadir dalam perhimpunan membantah keputusan pilihan raya malam ini?

Begitulah realitinya pasca PRU. Masih ada lagi yang tidak puas hati. Saya katakan pada sahabat, terimalah keputusan yang telah diumumkan. Jika tidak puas hati, buat petisyen pilihan raya dalam masa 21 hari setelah keputusan diwartakan SPR. Lakukan bantahan melalui saluran undang-undang bukan jalanan.

Di pihak BN pula, cukuplah kita pesoalkan sikap pengundi Cina. Kita bangunkan semangat penyatuan nasional, bukan hanya melibatkan penyatuan UMNO-PAS, tetapi penyatuan yang melibatkan semua kaum dan semua parti.

Berjiwa besarlah semuanya untuk negara. Setelah pilihan raya selesai, sekarang adalah masa untuk kita bekerja dan terus berbakti kepada negara. Lima tahun kita mengundi lagi.

Akhirnya, teringat saya kata-kata Norman Cousins: "Kerugian paling besar dalam hidup bukanlah mati, tetapi apabila jiwa kita mati sementara masih hidup."

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707