Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

14 masa untuk turunkan semua poster dan banner berkempen..!

$
0
0

MBAS beri tempoh 14 hari


WARTAWAN SINAR HARIAN 10 Mei 2013 ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memberi peringatan kepada mana-mana parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya menanggalkan segala bahan kempen yang digunakan dalam tempoh ditetapkan.

Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pihaknya mengingatkan bahawa segala bendera, poster mahupun kain rentang parti perlu ditanggalkan berdasarkan tempoh yang diberikan selepas pilihan raya.


“Masa yang diberikan untuk menurunkan bendera serta menanggalkan poster parti bertanding adalah dalam tempoh 14 selepas pilihan raya berlangsung.

“Jadi, mana-mana pihak yang tidak berbuat demikian maka akan dikenakan tindakan yang boleh menyebabkan mereka hilang wang deposit,” katanya.

Katanya, wang deposit akan dianggap hangus jika pihak berkenaan gagal melakukannya dengan hilang sebanyak RM5,000 bagi calon kerusi parlimen, manakala RM3,000 untuk calon Dun kawasan masing-masing.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian sekitar Alor Setar mendapati sesetengah bendera, poster dan kain rentang parti diturunkan, bagaimanapun sebahagian bahan kempen kelihatan masih memenuhi kawasan tertentu termasuk jalan kampung.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707