Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Beri ruang Ust Azizan berehat

$
0
0
ROSLINDA HASHIM & MOHD ISKANDAR OTHMAN
12 Mei 2013

Antara kenamaan yang sudah hadir serta rayuan menderma darah - Bekas Setpol MB

Itu permintaan ahli keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata, Azizan memerlukan rehat secukupnya selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya kelmarin.

“Disebabkan terlalu ramai yang mahu menziarahinya, atas permintaan keluarga dan nasihat doktor saya memohon kepada semua agar tidak datang melawatnya sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai keadaan semasa Azizan, Mohd Helmi berkata, Azizan kini berada dalam keadaan stabil dan semakin baik.

“Awal pagi tadi (semalam) dari jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi Azizan ada membuka mata sebanyak empat kali. “Beliau kini dipantau rapi oleh doktor dan memerlukan rehat yang secukupnya untuk kembali pulih,” katanya.

Sementara itu, beliau yang mewakili pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan HPP kerana telah memberi perkhidmatan dan rawatan terbaik sepanjang Azizan ditempatkan di hospital ini sejak Selasa lalu.

Mohd Helmi berkata, Azizan akan terus mendapatkan rawatan di HPP dan tidak ada keperluan untuk memindahkannya ke Hospital Alor Setar.

Mohd Helmi turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pengunjung yang memuat naik gambar Azizan dalam keadaan sakit di laman sosial dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi bagi menghormati anggota keluarga beliau.

Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis Khamis lalu.

Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lalu dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin lalu.

Dalam masa sama, Mohd Helmi turut menyeru orang ramai agar tampil ke HPP untuk menderma darah bagi kegunaan pesakit yang ditempatkan di HPP.

Katanya, sepanjang tempoh Azizan menerima rawatan di sini, beliau telah menggunakan 11 pek darah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707