Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Pondok agama Madrasah Nurul Islah yang musnah dijangka dibina semula dua minggu lagi.

$
0
0
Pondok agama bakal dibina baru
Wartawan Sinar Harian
14 Mei 2013
Pondok agama bakal dibina baru
Kawasan kebakaran akan diratakan dan diganti dengan pondok baru.
 
PARIT PANJANG  - Sebanyak 15 pondok agama Madrasah Nurul Islah yang musnah dalam kejadian kebakaran 25 April lalu, dijangka dibina semula dua minggu lagi.

Mudir Madrasah, Mohamad Fadhil Abd Hamid, 34, berkata, kawasan kebakaran itu akan diratakan dan diganti semula dengan pondok baru yang lebih tersusun.

Menurutnya, pihaknya amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyalurkan bantuan kepada pembinaan pondok baru itu.

“Alhamdulillah, ramai yang membantu, masyarakat kampung, korporat, orang perseorangan dan ramai lagi. Sesungguhnya hanya Tuhan mampu membalas jasa mereka.

“Bagaimanapun, jumlah wang bantuan itu masih belum mencukupi, namun saya tetap akan berikhtiar bagi memastikan pondok baru dibina,” katanya.

Mohamad Fadhil berkata, pondok baru itu perlu disiapkan secepat mungkin memandangkan kebanyakan pelajar kini menumpang pondok rakan mereka.

Katanya, terdapat 116 pondok di madrasah berkenaan dan setiap pelajar menghuni sebuah pondok sebagai tempat penginapan mereka.

“Kita turut merancang untuk membina sebuah bangunan pelajar dua tingkat yang membabitkan belanja hampir RM1.3 juta.

“Bangunan ini bagi memberikan keselesaan kepada pelajar semasa sesi pembelajaran mereka,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan mengenai kejadian kebakaran di madrasah itu dan 15 pondok agama termasuk kitab agama serta barangan lain musnah.

Anggaran kerugian dilaporkan adalah mencecah kira-kira RM200,000.

Baling antara daerah yang banyak menubuhkan pengajian pondok antaranya Pondok Lanai, Pondok Charuk Salang, Pondok tuan guru haji lah, Mahad Tahfiz Abada dan banyak lagi. Malah,
tenaga pengajar yang berpengalaman selain mempunyai ilmu agama yang tinggi menjadikan pondok agama di sini menjadi pilihan.

Ramai pelajar pondok di sini berjaya melanjutkan pelajaran mereka, bukan sahaja di peringkat universiti tempatan malah di universiti terkemuka dunia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles