Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Kedah memerlukan 2 kemenangan lagi untuk layak ke Piala Malaysia

$
0
0
E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (123) Rabu, 15.5.2013
Wartawan: Bashah Zainol Abidin
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin
E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (123) Rabu, 15.5.2013 Wartawan: Bashah Zainol Abidin  Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin  DUA KEMENANGAN LAGI PASTI AKAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KITA UNTUK BERAKSI PADA PIALA MALAYSIA MUSIM INI  DUA kemenangan lagi pasti akan mengukuhkan kedudukan pasukan Kedah untuk beraksi pada Piala Malaysia musim ini dan sekaligus memastikan Pasukan Hijau kuning menduduki tempat ketiga pada tangga Liga Premier yang dihuni oleh Johor ketika ini, demikian kata ketua jurulatihnya, Mario Tot pada sidang akhbar selepas pasukannya mengatasi Perlis 1-0 di Stadium Darulaman semalam.  Menurutnya, pasukannya sudah menemui rentak kemenangan dan mereka perlu terus mengekalkan rentak ini pada dua perlawanan lagi bermula bertemu KL SPA Putra Jaya FC Jumaat ini di Stadium Darulaman dan bertemu Johor di Stadium Larkin pada 21 Mei depan.  “Kini kemenangan pada dua perlawanan lalu mengatasi Sabah dan Perlis telah meletakkan kita menghampiri Johor yang menghuni tempat ketiga pada tangga Liga Premier ketika ini dan kedudukan ini juga mencerahkan harapan kita untuk beraksi pada pertandingan Piala Malaysia musim ini.  “Walaupun terpaksa beraksi tanpa khidmat dua tonggak utama bahagian tengah Nelson San Martin dan Zuraindey Jumaai anak buah saya berjaya menguasai permainan dan memiliki beberapa peluang bagi merobek gawang lawan tetapi tidak menjadi.  “Saya bersyukur kerana tiga minit pada separuh kedua umpanan cantik daripada Khyril Muhymeen Zambri berjaya digunakan sebaik mungkin oleh penyerang import kita Alen Guc untuk melakarkan gol tunggal perlawanan tadi (semalam),” kata Tot.  Katanya, beliau lega kerana Alen sudah berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring sebanyak lima kali pada lima perlawanan yang dia beraksi dan ini juga turut membuktikan dia adalah penyerang tulen yang mampu meletakkan dirinya di tempat yang betul pada masa yang tepat.  “Kini saya kehilangan tonggak pertahanan Khairul Helmi Johari yang dilayangkan kad merah setelah dia menerima kad kuning keduanya pada perlawanan tadi (semalam) tetapi saya yakin kita memiliki pengganti yang mampu mengendalikan bahagian ini tanpa sebarang kepincangan.  “Akmal Rizal Ahmad Rakhli juga turut menerima kad kuning ketiganya sepanjang Liga Premier musim ini dan menjalani hukuman pergantungan satu perlawanan tetapi Nelson yang mampu beraksi pada perlawanan Jumaat depan bertemu KL SPA Putra Jaya pasti melegakan saya.  “Kehadiran semula Nelson pasti mampu memantapkan kembali bahagian tengah dan akan membuka peluang kepada rangkaian penyerang kita Khyril, Alen dan Syazwan Zainon untuk merobek gawang lawan demi kemenangan memihak kita,” kata Tot.  END. #iamhijaukuning © Media KFA
DUA KEMENANGAN LAGI PASTI AKAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KITA UNTUK BERAKSI PADA PIALA MALAYSIA MUSIM INI

DUA kemenangan lagi pasti akan mengukuhkan kedudukan pasukan Kedah untuk beraksi pada Piala Malaysia musim ini dan sekaligus memastikan Pasukan Hijau kuning menduduki tempat ketiga pada tangga Liga Premier yang dihuni oleh Johor ketika ini, demikian kata ketua jurulatihnya, Mario Tot pada sidang akhbar selepas pasukannya mengatasi Perlis 1-0 di Stadium Darulaman semalam.

Menurutnya, pasukannya sudah menemui rentak kemenangan dan mereka perlu terus mengekalkan rentak ini pada dua perlawanan lagi bermula bertemu KL SPA Putra Jaya FC Jumaat ini di Stadium Darulaman dan bertemu Johor di Stadium Larkin pada 21 Mei depan.

“Kini kemenangan pada dua perlawanan lalu mengatasi Sabah dan Perlis telah meletakkan kita menghampiri Johor yang menghuni tempat ketiga pada tangga Liga Premier ketika ini dan kedudukan ini juga mencerahkan harapan kita untuk beraksi pada pertandingan Piala Malaysia musim ini.


“Walaupun terpaksa beraksi tanpa khidmat dua tonggak utama bahagian tengah Nelson San Martin dan Zuraindey Jumaai anak buah saya berjaya menguasai permainan dan memiliki beberapa peluang bagi merobek gawang lawan tetapi tidak menjadi.

“Saya bersyukur kerana tiga minit pada separuh kedua umpanan cantik daripada Khyril Muhymeen Zambri berjaya digunakan sebaik mungkin oleh penyerang import kita Alen Guc untuk melakarkan gol tunggal perlawanan tadi (semalam),” kata Tot.

Katanya, beliau lega kerana Alen sudah berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring sebanyak lima kali pada lima perlawanan yang dia beraksi dan ini juga turut membuktikan dia adalah penyerang tulen yang mampu meletakkan dirinya di tempat yang betul pada masa yang tepat.

“Kini saya kehilangan tonggak pertahanan Khairul Helmi Johari yang dilayangkan kad merah setelah dia menerima kad kuning keduanya pada perlawanan tadi (semalam) tetapi saya yakin kita memiliki pengganti yang mampu mengendalikan bahagian ini tanpa sebarang kepincangan.

“Akmal Rizal Ahmad Rakhli juga turut menerima kad kuning ketiganya sepanjang Liga Premier musim ini dan menjalani hukuman pergantungan satu perlawanan tetapi Nelson yang mampu beraksi pada perlawanan Jumaat depan bertemu KL SPA Putra Jaya pasti melegakan saya.

“Kehadiran semula Nelson pasti mampu memantapkan kembali bahagian tengah dan akan membuka peluang kepada rangkaian penyerang kita Khyril, Alen dan Syazwan Zainon untuk merobek gawang lawan demi kemenangan memihak kita,” kata Tot.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles