Mencipta dan menyebar fitnah terhadap pimpinan
OlehMuhammad Sanusi Md Nor
OlehMuhammad Sanusi Md Nor
Mencipta dan menyebar fitnah terhadap pimpinan yg sedang bersabung nyawa bagaikan mainan. Saya ada bersama rombongan Ust Azizan ke Al-Azhar Mesir merundingkan penubuhan Pusat Bahasa Arab di Kedah. Turut serta ialah Ust Abdul Ghani Ahmad yg bertanding menentang Mukhriz di DUN Air Hitam, Dr Rohani (DUN Jitra), Saiful Izham Ramli, Sarina, Zulkifli Yahya, Cikgu Zakiah, dll. ketika bersarapan pagi di cafe, terserempak dengan Dato' Mukhriz dan rombongannya nak ke Gaza.
Ustaz hanya menyapa, bersalam, bertanya khabar, bila sampai bila balik, mana destinasi. Tak sampai pun 5 minit, kami menuju Al-Azhar, depa masih bersarapan. Dari mana datangnya MoU? Celakalah mereka yg mereka cerita memfitnah pimpinan Gerakan Islam ini...Allah membandingkan dosa fitnah lebih besar drpd dosa membunuh. Bertaubatlah!
- Abd Ghani Ahmad Fitnah tu juga yg dimainkan oleh ahli & pimpinan PAS di Jerlun yg kata ana ada buat MOU dgn Mukriz di Hatyai & Mesir. Siap maki lg dlm SMS. Suruh dtg mai bersemuka tak angkat call. Ni lah salah satu punca bila ahli PAS sendiri suka calon PAS kalah.
- Abd Ghani Ahmad Di Mesir setakat jumpa di kaunter hotel shj & tanya khabar bila mai & berapa lama di Palestin. Di Hayyai terlibat dlm delegasi usahawan Kedah bersama rombongan MITI. Itu shj. Mana dia MOU tu. Bacul sungguh penyebar fitnah ni.
- Saiful Izham Ramli Saya boleh sahkan versi sdr Muhammad Sanusi Md Nor, ust Abd Ghani Ahmad dan Sarina Ismail tentang pertemuan di cafe hotel semasa makan pagi di Cairo sebelum bertolak utk program rasmi di Universiti al_azhar kerana saya yang makan pagi semeja bersama Ustaz Azizan Abdul Razak dan 2 orang anak beliau. Saya yang turun bersama-sama beliau dari bilik penginapan beliau sehingga ke cafe hotel. Mukhriz yang ketika itu bersama2 Fathul Bari dan 2 yg lain datang menyapa Ustaz dan bertanyakan khabar kesihatan beliau serta acara lawatan rasmi ke Mesir. Di saat ini, kita sepatutnya bermuhasabah menelusuri kembali punca kekalahan dan mencari jawapan untuk merungkai punca, bukannya saling menuding jari dan mencipta fitnah. Kekuatan ukhwah dalam jemaah harus kembali dimantapkan dan barisan dirapatkan. Saling menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah dan persoalan bahkan ianya akan melebarkan retak dalam jemaah. Wallahualam..
- Muhammad Sanusi Md Nor Pakat nak jadi setan iblis habih dah puak yg dok reka cerita ni, sebaq merata donia pulak...disambut pulak geng2 ideologi sekapai dgn depa.. jd ahli pun dak, tp nak atoq pimpinan, dasar dan strategi jemaah...tak layan, di caci maki di ditnah..