Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Baling - Sokongan rakan bakar semangat guru OKU

$
0
0


Sokongan rakan bakar semangat guru OKU

BALING 17 Mei - Sokongan kuat rakan-rakan setugas dan tawaran sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siong menyebabkan guru daripada golongan orang kurang upaya (OKU) tidak berfikir lama menyahut cabaran tersebut.

Mat Judin Mat Amin (gambar), 56, yang cacat sebelah kaki kanannya sejak berumur dua tahun begitu cekal menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah.

"Mulanya saya tidak begitu yakin dan agak takut menerima tawaran sebagai pengetua sekolah, tetapi dorongan rakan-rakan setugas serta keyakinan yang diberikan, saya terima juga tawaran tersebut.

"Kursus-kursus yang saya ikuti menjadikan saya semakin yakin dan saya percaya boleh memegang jawatan ini dengan baik demi memartabat kerjaya sebagai pendidik yang menjadi harapan kepada negara dan pelajar sebagai sandarannya," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Mat Judin yang memulakan tugas sejak Ogos tahun lalu berkata, sebelum ini dia bertugas sebagai Guru Penolong Kanan di SMK Parit Panjang selama lima tahun.

Katanya, dia bersyukur kerana dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab menyelesaikan beberapa masalah ketika beliau mula berpindah ke SMK Siong.

"Awal saya bertugas di sini, keadaan sekolah agak bermasalah dengan kemudahan asas yang agak kritikal.

"Tapi syukur kerana dua perkara asas yang menjadi permasalahan besar di sini iaitu masalah air dan kemudahan tandas yang berlarutan selama setahun dapat diatasi," ujarnya.

Menurut Mat Judin, antara kemudahan di sekolah itu ialah talian internet yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru-guru.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130518/wu_04/Sokongan-rakan-bakar-semangat-guru-OKU#ixzz2Teczmt00
© Utusan Melayu (M) Bhd


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707