Berapa kadar sebenar GST?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala diminta menyatakan kadar sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ekoran kekeliruan berhubung perkara itu.
Anggota Parlimen Kelana Jaya daripada PKR Wong Chen (kanan) berkata, dalam perbahasan Parlimen tahun lalu, kerajaan memberitahu jumlah yang dicadangkan sebanyak 4 peratus.
Bagaimanapun, Idris dalam sebuah forum Jumaat lalu membayangkan kerajaan mungkin melihat kepada kadar 7 peratus, berdasarkan model Singapura.
"Jika mereka benar-benar mahu mengikuti model Singapura, mereka patut bermula dengan 3 peratus, kerana Singapura bermula dengan 3 peratus," katanya.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Wong juga mengkritik kerajaan yang didakwa tidak mengambil langkah membendung rasuah dan lebihan belanja.
Justeru, katanya, kerajaan BN tiada hak untuk bercakap tentang GST hinggalah selesai menangani isu-isu yang asas.