Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Patutlah hangpa KALAH... Masalah Rakyat Macam nie pun tak boleh selesai.. Takpa lepas nie semua SENANG lepas BN MENANG..!!

$
0
0
Pasar Tokai bakal ‘mati’
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2013
Pasar Tokai bakal ‘mati’
Senaman menunjukkan meja jualan yang kosong.

TOKAI – "Kami hampir gulung tikar," luahan peniaga di Pasar Pekan Tokai di sini yang terpaksa menanggung kerugian setiap hari kerana jualan di situ merosot akibat tidak mendapat sambutan orang ramai.

Difahamkan, pasar itu mempunyai 18 meja jualan dan empat lot gerai ayam namun hanya empat meja jualan sahaja yang masih disewa peniaga iaitu satu jualan ayam, satu menjual ikan dan dua lagi menjual sayur manakala selebihnya kosong dan empat lot gerai ayam terbiar usang lebih lima tahun.

Peniaga ikan, Senaman Lazim, 70, berkata, kedudukan pasar yang tidak strategik dibina tersorok di belakang dikatakan merupakan antara faktor utama pasar itu tidak mendapat sambutan.

Menurutnya, dia berniaga di situ sejak pasar itu mula dibina kira-kira 30 tahun lalu dan tidak menyangka suasana pasar yang meriah dan jualan yang rancak itu bertukar menjadi sunyi beberapa tahun kemudian sehingga mempengaruhi pendapatan peniaga.
“Pasar ini hampir ‘mati’ dan empat peniaga di sini gagah bersabar kerana tiada tempat lain untuk berniaga walaupun pendapatan yang diperoleh hanya sekadar cukup makan sahaja.

“Kemerosotan lebih 50 peratus pendapatan memberi kesan yang mendalam kepada peniaga kerana terpaksa menanggung kerugian tinggi menyebabkan peniaga-peniaga lama sebelum ini membuat keputusan berhenti berniaga di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Pasar Tokai bakal ‘mati’
Pengunjung dan peniaga menunjukkan paip air di tandas yang tidak berfungsi.
Pasar Tokai bakal ‘mati’
Keadaan surau yang dijadikan stor menyimpan barang menyebabkannya menjadi tidak terurus.

Gerai, surau jadi stor

Keadaan pasar yang tidak mendapat sambutan menyebabkan empat gerai ayam dan surau yang terdapat di pasar itu dijadikan stor simpanan barang-barang tidak terpakai.

Pengunjung, Hassan Abdullah, 60, berkata, pasar itu tidak mendapat sambutan sejak sekian lama sehinggakan lot gerai ayam dan surau yang disediakan di situ dijadikan tempat simpanan barang tidak terpakai dan keadaannya menjadi begitu teruk.

Katanya, sebagai pengunjung, dia melihat keadaan itu tidak bersih dan memberi kesan ketidakselesaan kepada pengunjung untuk pergi membeli barang di pasar itu.

"Majlis Daerah Pendang (MDP) perlu mengambil tindakan seperti meruntuhkan bangunan gerai ayam yang usang supaya kedudukan pasar dapat dilihat orang ramai yang melalui jalan utama Pekan Tokai," katanya.

Peniaga, Ishak Ariffin, 63, berkata, dua tandas yang disediakan di pasar itu mengalami kerosakan sejak hampir dua tahun lalu sehingga mengeluarkan bau busuk di sekitar kawasan pasar.

“Air najis tidak boleh mengalir ke tempat takungan menyebabkan air kotor melimpah keluar sehingga kawasan pasar menyebabkan bau busuk yang kuat.

“Kerosakan tandas itu juga memberi kesusahan kepada peniaga dan pengunjung sehinggakan ada yang terpaksa menggunakan juga tandas yang rosak walaupun terpaksa meredah air najis,” katanya.

Bagi Ghazali Abdul Rahman, 58, sebagai pengunjung, dia simpati kepada peniaga di situ yang bertahan berniaga walaupun tahu terpaksa menanggung kerugian.

Katanya, kebanyakan pengunjung dan peniaga menaruh harapan tinggi pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera menghidupkan semula pasar itu.

“Papan tanda perlu dipasang supaya pasar itu diketahui ramai memandangkan kedudukan agak ke belakang.

“Penduduk berharap MDP dapat menaiktarafkan pasar itu dengan menyediakan banyak lagi kemudahan kepada pengunjung,” katanya.

Maklum kepada MDP

Sementara itu, Adun Tokai, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul memaklumkan bahawa dia pernah berkunjung ke pasar itu namun tidak mendapat maklumat mengenai masalah yang dialami.

Bagi bekas Ahli Majlis MDP, Romlan Hamid ketika dihubungi menyatakan bahawa dia sudah memaklumkan masalah itu kepada MDP untuk diambil tindakan namun sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan segera diambil.

“Saya dimaklumkan masalah ini dan terus merujuk kepada MDP tanpa memaklumkan kepada Adun kawasan ini dengan harapan pihak MDP dapat ambil tindakan pada masa itu,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707