Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Mungkin ini diantara sebab ALLAH tarik semula kemenangan kita di KEDAH

$
0
0
oleh Jemaah Masjid Penghulu Him

RAKYAT KEDAH DI PROGRAM UAI DI STD. SUKA MENANTI
KEKALAHAN itu walaupun perit namun kita harus redha menerima dan dalam masa yang sama kita haruslah bermuhasabah atas apa yang telah berlaku..

Jika dilihat kekalahan kita di KEDAH berkemungkinan inilah antara salah satu penyebab ALLAH taala menarik semula kemenangan kita di KEDAH...

Cubalah lihat akan majlis agama yg kita adakah di KEDAH..dari pandangan saya ia seperti tiada ROH dan NUR untuk menarik rakyat terbanyak...Bagaimana kaedah untuk kita menarik rakyat terbanyak untuk hadir dan mengimarahkan surau masjid & majlis-majlis ILMU itu yang patut kita fikirkan...

Bukan hendak kata tiada MAJLIS ILMU di KEDAH... Alhamdulillah ianya ada peningkatan seperti kuliah mingguan di SERI MENTALON & BANGUNAN UKIR MALL Alor Setar....serta di beberapa MASJID tertentu yang AJK nya orang kita... namun di masjid yang AJK masih kepimpinan lama masjid itu mati macam itu sahaja... jadi bagaimanakah kita hendak menarik golongan rakyat terbanyak itu yang perlu difikirkan...



Lihatlah dan contohilah bagaimana ALLAH anugerahkan kemenangan berlipat ganda kepada PAS SELANGOR... Lihatlah bagaimana mereka membuka seluas-luasnya MASJID-MASJID untuk dipenuhi dengan program-program agama....

Tok Imam dan AJK di penggil dan diberi galakan dan tunjuk ajar serta penekanan akan prog ISLAM di semua-semua masjid dan juga program KULIAH PERDANA yang menjemput agamawan popular di tanah air seperti UST AZHAR IDRUS.. UST BOLLYWOOD.. UST DASUKI dan sebagainya....

Kuliah-kuliah mereka ini diadakan di padang terbuka boleh dikatakan setiap bulan...tetapi kita sepanjang 5 thn memerintah berapa kali kita adakah program2 agama mega seperti itu... Ustaz Azhar pun datang 4X sahaja dalam 5 tahun iaitu di PERHIMPUNAN HIJAU.. di PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT , di PERWAJA & di LAGUNA MERBOK.... dalam 4X nie 2 program PARTI jadi macamana orang UMNO BN nak joint majlis ILMU yang diadakan...

Jadi rasanya marilah kita pakat-pakat muhasabah balik dan bersatu hati semula melihat akan kesalahan diri kita memegang amanah yang telah ALLAH berikan itu kerana ingat kita sedang membawa nama ISLAM bukannya nama ISLAM SDN BHD yang boleh kita lakukan sewengang-wenangnya... ISLAM itu milik ALLAH... kita ini sekadar diberi amanah untuk menyampaikan ISLAM itu dan tidak mustahil seperti kata dalam quran yang bermaksud...

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu - Ali Imran ayat 26


Sekali lagi tergamam malam ini, selesai solat maghrib sementara menunggu solat isya' di masjid negeri Al Azim Melaka, mengucur air mata, menyeka dari tumpah lagi, alangkah sunyi dari kuliah dan ceramah, apakah patut masjid sebesar ini sunyi dari kuliah? bertanya kpd petugas masjid, mmg begini lah lps maghrib kecuali sekali sekala sahaja kata mereka, membiarkan masa berlalu tanpa pengetahuan ilmu satu kezaliman kpd diri kita sendiri, penuhilah masa ini dgn perkara bermanfaat, bukan berbicara kosong.....di Selangor Alhamdulillah tiada malam melainkan kuliah setiap malam.. mudahan Melaka akan tiba kembali nanti..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707