Pemuda PAS Malaysia ~ Jangan berlagak macam Pondan Tua boleh tak?
Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana ketuanya berani juga bersuara, walaupun dari jauh dan di luar gelanggang.
Aku ingat dia hanya sibuk ambil gambar orang menahan teksi sahaja...
Aku ingat dia hanya sibuk ambil gambar orang menahan teksi sahaja...
Apa kata, selangkah lagi tunjukan keberanian lu itu dengan menyertai perhimpunan 'Black505' membantah penipuan pilihan raya.
Nak bersama rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati pun kena tunggu ada arahan ke Sheikh? Bukankah pemuda harus duduk dihadapan sebagai golongan pendesak?
Harap Pemuda Pas jangan berlagak macam pondan tua melalak dari jauh untuk menarik perhatian pelanggan sahaja.Meh bersama-sama rakyat.
Seperti apa yang lu cakapkan, aku pun setuju dengan apa yang lu cakapkan itu, "Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan.
"Rakyat hanya suarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta perjalanan pilihanraya yang dilihat mencurigakan,"
Jom berdepan dengan suasana sebenar, bukan hanya berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan taik!
Jawatan menteri KDN bukan tiket tunjuk kuasa ~ Harakahdaily,21 Mei 2013 KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan amaran dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap himpunan 'Black505' membantah penipuan pilihan raya sebagai menyekat hak rakyat untuk berhimpun.Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, amaran keras Ahmad Zahid itu seperti membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat.Nasrudin berkata, pemuda PAS tidak mahu insiden Bersih 2 dan 3 berulang di mana peserta perhimpunan ditangkap, dipukul, manakala kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata serta diterajang dan ditangkap."Mengapa Menteri Dalam Negeri mahu tindakan keras diambil sedangkan sepanjang perhimpunan yang diadakan selama ini dalam keadaan aman dan tenteram."Penganjur dan peserta patuh kepada peraturan yang ditetapkan, tidak ada insiden yang mengeruhkan suasana, tidak ada kenderaan yang dirosakkan, harta atau premis awam yang dimusnahkan," katanya.yang juga Ahli Parlimen Temerloh.Menurut Nasrudin lagi, mengambil tindakan keras bererti kerajaan gagal memahami aspirasi rakyat, dan mungkin juga pemimpin dianggap bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.Sambil mengingatkan supaya menunaikan amanah sebaiknya, beliau juga mahu Ahmad Zahid sedar bahawa jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri bukan tiket untuk menunjukkan kuasa dengan tindakan kekerasan terhadap musuh politik beliau."Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan."Rakyat hanya suarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta perjalanan pilihanraya yang dilihat mencurigakan," katanya di sini
http://alhusseyn51.blogspot.com/2013/05/pemuda-pas-malaysia-jangan-berlagak.html