Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Nak Senang lagu mana nie..sana sini pencuri..???

$
0
0
Taman Kemuning jadi tumpuan pencuri besi
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
Taman Kemuning jadi tumpuan pencuri besi
Roslan menunjukkan alat komponen kereta yang sudah dibuka.
 
KULIM - Taman Kemuning merupakan kawasan tumpuan pencuri besi, di mana masalah kehilangan alat ganti kereta sering berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Sehingga kini beberapa kereta yang diletakkan di luar bengkel bagi tujuan baik pulih sering menjadi mangsa individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab apabila komponen kenderaan mereka dicuri.

Sehubungan itu, polis bersama Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sentiasa mengadakan rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan itu terutama pada waktu subuh untuk memastikan masalah itu dapat dibendung.
Semalam suspek berusia 30-an berjaya melarikan diri ketika ahli PPKM, Roslan Nordin cuba menahannya yang sedang membuka alat komponen kereta Proton Saga di luar sebuah bengkel.

Roslan berkata, sebelum itu, dia ternampak suspek berada di sekita kejadian dan menasihatinya supaya beredar kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun, katanya, suspek datang semula dan cuba membuka bahagian atas enjin kereta terbabit kira-kira jam 4 pagi.

"Saya kemudiannya menghampiri suspek. Bimbang ditahan, suspek bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Saya memaklumkan kejadian itu kepada Pengerusi PPKM dan meminta bantuan ahli lain untuk menahan suspek,” katanya.

Ahli PPKM memulakan operasi mencari suspek kira-kira jam 7 pagi, kerana berhadapan kesukaran mencari suspek dalam keadaan gelap.

Pada jam 7.30 pagi, suspek dilihat melarikan diri dengan sebuah kereta lain ke Machang Bubuk.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707