Pusat siber ‘kebal’ buka 24 jam
22 Mei 2013

Pusat siber yang didakwa dibuka 24 jam dan menjadi lokasi kanak-kanak serta remaja melepak.
KUALA MUDA – Sebuah pusat siber di Taman Seri Bayu di sini didakwa masih dibuka 24 jam sehari walaupun banyak rungutan dan aduan dibuat kepada pihak berkuasa sehingga ia turut menjadi tarikan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun.
Difahamkan, lokasinya yang terletak di laluan masuk utama ke Taman Seri Bayu, Taman Seri Bayu II dan Bukit Bayu itu memudahkannya menjadi lokasi persinggahan kanak-kanak serta remaja.
Waktu operasi sepanjang malam turut dikaitkan dengan bunyi bising apabila menjadi lokasi untuk remaja melepak selain menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Pengerusi Rukun Tetangga Taman Seri Bayu, Mohd Razali Samsudin berkata, ibu bapa dan penduduk membantah sekeras-kerasnya pembukaan pusat siber berkenaan yang ternyata tidak mematuhi undang-undang.

Menurutnya, aduan mengenainya dikemukakan beberapa kali pada 2012 melalui borang aduan kepada pihak berkaitan.
“Pihak satu lagi pula memaklumkan tindakan denda atau kompaun sahaja hanya boleh diambil atas kesalahan membuka pusat siber tanpa lesen tetapi mereka tiada kuasa untuk menutupnya.
“Begitu juga setiap kali anggota penguat kuasa hadir melakukan pemantauan, kedai berkenaan pasti ditutup dan mereka lepas dari sebarang tindakan, seakan kebal dan dikawal pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Cawangan Umno Taman Seri Bayu, Mohd Fuat Shahaily berkata, pembukaan pusat siber berkenaan sehingga larut malam mampu mengundang gejala negatif dalam kalangan anak-anak.
“Tiap-tiap malam mereka berkumpul, buat bising dan ada masanya bergaduh. Saya sendiri pernah leraikan pergaduhan mereka sebelum ini.
“Pengunjung juga pernah menjadikan lokasi ini sebagai lokasi minum arak, ponteng sekolah, melepak dan seterusnya mampu menyumbang kepada gejala negatif lain seperti mencuri dan lain-lain,” katanya.
Dakwanya, pusat siber berkenaan bukan sahaja menjadi tarikan remaja pada waktu malam, malah turut dikunjungi kanak-kanak seawal usia tujuh tahun yang kerap mengunjunginya selepas waktu sekolah atau lewat petang.
"Selain kanak-kanak dan remaja dari Taman Seri Bayu, ia juga dijadikan lokasi melepak bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar," katanya.
Menurutnya, pihak berkenaan perlu melakukan pemantauan selain memastikan pengusaha terbabit mengikut undang-undang tertentu termasuk tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur terlibat, mematuhi masa operasi dan mempunyai lesen atau permohonan di bawah peraturan atau akta tertentu.
Dalam perkembangan sama, Jurucakap Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berhubung perkara itu.