Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Kisah menyisihkan orang mantan MB di Johor & Kedah..!!

$
0
0
JOHOR : PROSES PENYISIHAN ORANG-ORANG GHANI OTHMAN. KEDAH : PENYINGKIRAN REKTOR KUIN ADALAH PERANGKAP PENTADBIR NEGERI.

Kejayaan mengambil alih kerajaan oleh mana-mana parti politik bukan bermakna satu kebabasan untuk membalas dendam dan merasa gah dengan kuasa sehingga melihat kebaikan itu satu keburukan dan keburukan pula dipolitikkan semau-maunya. Keseluruhan rakyat yang memilih kerana mereka mahu melihat kebijaksanaan dan kewarasan pemimpin itu memimpin mereka.

Kadangkala kita tidak faham tentang sikap berpolitik dalam negara ini dengan sikap dendam mendendam. Politik dendam ini sebenarnya tidak terbatas di antara BN dan pembangkang sahaja tetapi yang lebih pelik ialah dendam mendendam di kalangan parti BN sendiri.

Di Johor umpamanya kini sedang berlaku penyucian orang Khaleed Nordin terhadap orang-orang Ghani Othman. Orang-orang Khalid sedang menidakkan jasa-jasa Ghani sehingga ke tahap kononnya Ghani pro kepada koporat China, Lim Kang Hoo berikutan projek Dangga Bay. (The Eradication Of Datuk Ghani Has Begun).


Begitu juga di Kedah usaha-usaha penyucian legasi bekas MB juga sedang berlaku. Hakikat kejayaan mantan MB Kedah Ustaz Azizan membangunkan KUIN harus diterima dan ini merupakan legasi Ustaz Azizan. Tindakan-tindakan politik semberono yang tidak bijak dan tidak diplomasi itu telah mengakibatkan penyingkiran Rektor KUIN kerana terperangkap dalam jerangkap percaturan pegawai-pegawai tadbir negeri yang mempunyai agenda yang lebih besar dengan memperalatkan orang-orang politik.

Kerajaan BN tidak harus menghakis legasi ini kerana ketika Ustaz Azizan mengambil alih Kerajaan Kedah beliau tidak pernah cuba menghakis mana-mana legasi pemimpin Kedah yang terdahulu. Beliau sendiri amat menghormati Tun Mahathir sehingga mendapat tentangan dari kalangan penyokong taksub parti nya sendiri.

Kini di Kedah ramai pemerhati yang melihat Mukhriz membawa corak kepimpinan korporat di dalam pentadbirannya di mana ‘delegation of power’ kepada orang bawah yang berlebihan. Mungkin ‘applicable’ dalam korporat tetapi ‘miserable’ dalam politik. Apa pun terlalu awal untuk dibuat tafsiran. We look and see. Rakyat sedang menjadi pemerhati setia untuk melihat kelayakan pemimpin mereka yang mereka amanahkan.

Pengerusi Hindraf yang suatu masa dahulu pernah memaki hamun orang Melayu kini bukan setakat dimaafkan malah dilantik sebagai Timbalan Menteri apalagi kita sesama Melayu untuk terbawa-bawa dengan dendam yang penuh emosi menghukum Melayu yang lain.

Laungan perpaduan Melayu PAS dan UMNO seharusnya diterjemahkan dengan bijaksana, berhemah dan penuh tawadduk. Ini kerana keputusan pru13 yang lepas amat jelas membuktikan yang kalah bukan kalah semua dan yang menang bukan menang semua. 

Nukilan Mummy Rokiah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707