SPR TIPU !!! DAKWAT KEKAL 7 HARI, LUNTUR TAK DAN 7 MINIT
JOM REPORT POLIS KEPADA YANG BELUM REPORT BERSAMA WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT P.010 KUALA KEDAH, N15 ANAK BUKIT, N.16 KUBANG ROTAN, N.17 PENGKALAN KUNDOR, N.13 KOTA DARULAMAN, N.11 DERGA DAN PIMPINAN PAS/PKR/DAP DARI ALOR SETAR SERTA KUALA KEDAH
TARIKH: 27 MEI 2013
HARI: ISNIN
MASA: 3.00 PETANG
TEMPAT: IBU PEJABAT DAERAH POLIS, KOTA SETAR.
Contoh Report Seperti di bawah:-
Saya Aris bin Awang kad pengenalan bernombor 630617025029 ingin membuat laporan polis berkenaan insiden yang berlaku di pusat mengundi di saluran 2, Daerah Mengundi Telok Bagan.
Pada 5 Mei 2013 jam lebih kurang 9.15 pagi, saya telah keluar mengundi di Sekolah Sekolah Kebangsaan Dato Wan Md Saman, Batu 3, Tandop, Alor Setar, Kedah. Setelah pegawai SPR menyemak dan mengesahkan identiti saya, seorang pegawai SPR telah menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri saya. Setelah habis mengundi saya pulang ke rumah dan ketika ingin makan nasi sekitar jam 1.30 tengahari, saya telah membasuh kedua-dua belah tangan saya. Saya amat hairan dan terkejut apabila dakwat kekal yang dihebahkan oleh SPR kepada pengetahuan masyarakat boleh tahan selama 7 hari walaupun dicuci dengan peluntur yang kuat sebenarnya tidak kekal, kerana jari telunjuk kiri saya telah bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan dakwat setelah dibasuh pada hari yang sama.
Saya percaya dengan pengunaan dakwat yang tidak kekal ini, akan mengakibatkan pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab mengambil kesempatan ini untuk melakukan penipuan dalam proses pengundian. Saya juga percaya kejadian ini melanggar peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang pilihanraya serta rasa dipermain-mainkan oleh SPR.
Perkara ini amat serius dan harus disiasat dengan segera.
Sekian Laporan saya