Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Selesai perbezaan melalui mesyuarat rasmi Pakatan

$
0
0
Harakahdaily, 28 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor berharap agar semua pihak berlapang dada dan ingin melihat kerjasama yang baik dan subur tanpa mempertikaikan dasar antara parti di dalam Pakatan Rakyat.

Setiausahanya, Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh berkata, pendirian itu dibuat sebulat suara pada Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Ulamak PAS negeri, kelmarin.


Selain itu, kata beliau, Dewan Ulamak PAS negeri juga memberi peringatan kepada mana-mana pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berbentuk celaan dan cemuhan kepada mana-mana pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang lain secara terbuka yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni antara parti.

“Sebarang perbezaan pendapat berkenaan apa-apa keputusan yang telah dicapai hendaklah diselesaikan melalui saluran yang betul iaitu melalui meja rundingan dan mesyuarat-mesyuarat rasmi Pakatan Rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles