Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Azizan guna pen dan menulis untuk berkomunikasi

$
0
0
Azizan menulis untuk komunikasi

WARTAWAN SINAR HARIAN 30 Mei 2013 GEORGETOWN - Keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilapor semakin baik selepas 22 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang, di sini.

Bekas Setiausaha Politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bekas Pesuruhjaya Pas itu kini sudah sedar sepenuhnya dan boleh mendengar, memahami serta berkomunikasi.

Beliau berkata, hanya suaranya belum keluar kerana masih ada paip saluran yang dipasang di leher.

“Beliau banyak bertanya itu dan ini...difahami soalan dari gerak mulutnya dan kadang-kadang beliau minta pen untuk menulis apa yang mahu ditanyakan.

“Masuk hari ini, sudah 22 hari beliau di ICU. Teruskan berdoa untuknya,” katanya dalam komen dari laman sosial Facebooknya, semalam.


Azizan, 69, menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis, 9 Mei lalu.

Beliau dipindahkan ke HPP dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya.

Pada PRU13, Azizan Berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, Pas kehilangan kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi Dun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707