Rayu rumah disiapkan segera
2 Jun 2013

Ismail menunjukkan sistem pembetungan belum siap.
ALOR SETAR - Seorang buruh merayu pihak berkenaan menyegerakan pembinaan rumah bantuan kerajaan didakwa miliknya di Kampung Kubang Lintah, Mukim Lepai, dekat sini, berikutan kepayahan hidup dialami mereka sekeluarga.
Ismail Shamsuddin, 51, berkata, keadaan rumah sewa diduduki dia sekeluarga di Kampung Bohor, Hutan Kampung, di sini, menimbulkan ketidakselesaan berikutan dalam keadaan kurang memuaskan.
“Sepatutnya rumah itu sudah boleh diduduki sejak 2012 lagi, namun hingga kini pembinaannya belum siap sepenuhnya. Perkara ini telah berlarutan hampir setahun, sedangkan saya dimaklumkan tempoh membinanya hanya sebulan.

“Kami sekeluarga sudah tak larat tunggu, ditambah keadaan kediaman sementara tak begitu menyelesakan kerana perlu berkongsi ramai. Bayangkan satu rumah kecil didiami 11 orang sehingga, ada yang terpaksa tidur di ruang tamu,” katanya.
Katanya, pendapatan diperoleh sekitar RM1,200 tidak mencukupi untuk dirinya menyewa rumah lebih selesa, malahan terpaksa menanggung belanja besar bagi barang keperluan, bil utiliti, belanja persekolahan anak-anaknya dan kos sampingan lain.
Menurutnya, lebih menyulitkan keadaan apabila kebanyakan ahli keluarganya tidak bekerja.
Ismail berkata, dia merayu rumah berkenaan dapat disiapkan segera demi membolehkan anak-anaknya menjalani kehidupan kehidupan lebih selamat, selesa dan tenteram.
Katanya, mereka berharap berpindah secepat mungkin, namun dengan keadaan rumah itu belum siap, impiannya dirasakan terpaksa dilupakan sementara waktu ini.
Menurutnya, dia buntu dengan keadaan berlaku kerana pembinaan rumah berkenaan yang dikatakan sentiasa tertangguh.
“Nampaknya, lambat lagilah kami sekeluarga boleh masuk, sebab pemasangan bekalan air dengan elektrik pun masih tak nampak lagi,” katanya.
Katanya, justeru dia mengharapkan supaya pihak berkenaan prihatin dengan nasib dialami mereka untuk menyiapkan rumah berkenaan secepat mungkin supaya kesulitan dan kepayahan dialami keluarganya dapat diringankan.