Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Alhamdulillah.. Langkawi dapat Taman Tema RM1.2b yang akan dibina... Tak SENANG lagik...??

$
0
0

Taman tema RM1.2b dibina


MUKHRIZ Mahathir (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian persefahaman (MoU) antara Khalid Ramli (tiga, kiri) dan Robert Wyatt (dua, kanan) di Langkawi, semalam. Turut hadir, Mohd. Rawi Abdul Hamid (dua, kiri) dan Norsabrina Mohd. Noor. - BERNAMA 
LANGKAWI 2 Jun - Pembinaan taman tema berkonsepkan ekopelancongan bernilai RM1.2 bilion di kawasan Oriental Village dan Pulau Intan Besar di sini bakal menjadikan Langkawi antara 10 pulau terkemuka di dunia.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, projek yang dijangka siap pada 2015 di tapak seluas 10.35 hektar itu menawarkan produk pelancongan terbaharu berasaskan tiga konsep iaitu hiburan, sejarah dan alam sekitar.

"Pembinaan yang menelan belanja RM1.2 bilion itu turut memuatkan pembinaan sebuah hotel bertaraf enam bintang, restoran dan apabila siap kelak taman tema itu dijangka boleh membantu Langkawi menarik kedatangan sehingga tiga juta pelancong setahun," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pekan Artisan Sdn. Bhd. (Pekan Artisan) dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini hari ini.

LADA diwakili oleh Pengurus Besarnya, Tan Sri Khalid Ramli manakala Pekan Artisan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robert Wyatt.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Mohd. Rawi Abdul Hamid; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Norsabrina Mohd. Noor; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707