Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Isu perpaduan kaum: belum ada pihak yang memulakan perjuangan itu

$
0
0
oleh Aspan Alias

Setelah lama selesainya pilihanraya ke13 yang lalu, isu yang paling besar selain dari isu rasuah dan salahguna kuasa, ialah isu perkauman yang dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. UMNO menakutkan orang Melayu yang jika Pakatan Rakyat menang orang Melayu akan diketepikan dan bangsa Cina akan mempengaruhi situasi politik negara.

Baik PKR mahu pun DAP membalas dengan menghentam BN yang isu menakut-nakutkan orang Melayu. Itu, kata DAP dan PKR menunjukkan yang BN itu adalah parti yang 'desperate' kerana menggunakan isu ‘sensitive’ ini bagi mendapatkan sokongan orang Melayu. BN menyedari yang orang-orang Cina sudah membelakangkannya.

Isu ini amat laku terutamanya kepada yang muda-muda dan BN kehilangan banyak sokongan walaupun tidak mencukupi untuk dikalahkan oleh pihak Pakatan Rakyat seperti yang kita lihat dari keputusan PRU ke 13 itu. Apabila selesai pilihanraya barulah ramai menyedari yang isu perkauman itu sesungguhnya memberikan impak besar yang ‘negative’ terhadap BN. Di sebaliknya ia memberikan kesan yang baik pula kepada PR terutamanya kepada DAP.


Akhirnya kita jelas terlihat yang DAP seperti juga parti Gerakan, walaupun di khabarkan sebagai parti berbilang kaum tetap dikuasai oleh kaum Cina juga. Baik dari penguasaan pimpinan di peringkat CEC nya mahupun dari perwakilannya dalam barisan pemilihan ahli-ahli Legislatifnya. Kaum Cina hampir seratus peratus menguasainya.

Bak kata perbilangan ‘blood is thicker than water’, mana-mana kaum pun belum lagi memulakan semangat penyatuan kaum yang sebenarnya. Ia masih lagi sebagai ‘indah khabar dari rupa’ sahaja. DAP begitu ‘smart’ sekali dalam pendekatannya kepada kuasa kali ini. DAP memahami perasaan orang Melayu dengan baik. Parti itu memahami orang Melayu mempunyai sentimen yang tinggi dari semangat perkauman seperti orang Cina juga.

Itu sebab orang Melayu apabila di tunjukkan perhatian yang lebih sedikit oleh DAP mereka yang muda-muda terus sahaja memberikan sokongan yang besar kepada DAP terutamanya di P Pinang dan Selangor serta di Johor. Dalam penjelajahan saya keseluruh negara sebelum pilihanraya kerana undangan berceramah, isu keprihatinan kerajaan P Pinang diberikan penekanan besar. Peruntukan berlipat kali ganda kepada Majlis Agama Islam negeri itu menjadi isu yang sangat laku bagi orang Melayu.

Semasa BN masih memerintah Pulau Pinang peruntukan untuk Majlis Agama Islam hanya 12 juta berbanding dengan lebih dari enam puluh juta semasa pantadbiran Pakatan Rakyat DAP di Pulau Pinang. Ini memberikan penambahan nilai kepada DAP sebagai sebuah parti yang ‘multiracial’ dan menjadi pujian orang melayu yang ramai-ramai. Rupa-rupanya orang melayu akan tunduk semata-mata kerana peruntukan untuk Majlis Agama Islam yang tinggi itu sahaja.

Sebenarnya bagi Pulau Pinang, memberikan peruntukan sehingga seratus juta setahun kepada Majlis Agama Islam itu pun, bukan menjadi masalah besar kerana Pulau pinang adalah sebuah negeri yang kaya. DAP boleh memberikan sebanyak mana pun peruntukan untuk orang Islam melayu di sana kerana kekukuhan kewangan negeri itu.

Tetapi apabila pilihanraya sampai, baru ramai yang sedar bahawa DAP tidak kisah dengan wang yang banyak diberikan kepada institusi keagamaan di negari itu asalkan sahaja kuasa politik itu berada sepenuhnya ditangan mereka. DAP tahu orang Melayu mudah terpujuk dengan isu penambahan peruntukan untuk agama Islam itu.

‘Banyak mana wang yang kamu mahukan aku berikan, tetapi kuasa sepenuhnya mesti ada ditangan ku’. Itulah lebih kurang sikap DAP yang sangat ‘smart’ dalam menghadapi isu perkauman itu. Itu sebab keputusan pilihanraya yang lalu kita menyaksikan DAP mendapat penambahan kerusi sebanyak 10 lagi dari apa yang mereka dapati dalam pru yang sebelumnya. PKR dan PAS mendapat kurang kerusi dari PRU 2008 dahulu.

Dengan isu perkauman yang bermain dikalangan DAP itu, ia mendapatkan sokongan bulat dari kaum Cina dan penambahan yang tidak kurang dari kaum Melayu sendiri. Akhirnya isu perkauman ini menguntungkan DAP dengan besar sekali tetapi memberikan kekurangan kepada BN di sebaliknya.

Keuntungan dipihak DAP masih lagi tinggi sekarang ini kerana anak-anak muda yang dinyanyikan dengan lagi ‘multiracial’ itu masih memainkan isu itu walaupun pada hakikatnya isu perkauman itu hanya menguntungkan kepada parti yang memainkan isu perkauman ini dengan begitu ‘smart’ tadi sahaja.

Dalam pilihanraya yang lalu DAP hanya menonjolkan kaum Cina sahaja kecuali dua orang di Pahang kerana DAP tahu dia tidak memerlukan sokongan Melayu sepenuhnya semasa PRU yang lalu itu.Parti itu merasakan sokongan kaum Cina sudah memadai bagi mendapat atau menghampiri kuasa di Putrajaya itu

Pendeknya usaha untuk mendapatkan penyatuan kaum sebenarnya belum pun bermula kerana tiada siapa yang mahu memulakannya. Walau bagaimana pun nyanyian untuk penyatuan kaum itu sudah dimulakan oleh anak-anak muda di seluruh negara walaupun pada hakikatnya ia belum pun bermula walaupun setapak langkah yang positif kearahnya.

Itulah realitinya. Siapa yang hendak membantah pandangan ini, bantahlah sekehendak hati masing-masing. Ini negara demokrasi, bukan ke?

Jika boleh dilakukan dengan jujur, berfikirlah sejenak tentang isu ini sebelum tidur dengan hati yang terbuka tanpa mempunyai prejudis kepada sesiapa termasuk kepada diri kita sendiri.

Ingatlah, agama kita berpesan, berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Cuba lah berfikir sebelum tidur khususnya selepas menghadiri mana-mana perhimpunan politik anjuran mana-mana pihak. Selepas mendengar pesanan pemimpin politik kita dengar walaupun sebentar pesanan agama kita pula. Tidak payah lama, sekejap pun memadai.

Lupakan ucapan yang berapi-api itu buat sementara, dan ingat pula kepada pesanan-pesanan yang baik yang lain. Setelah berfikir dengan tenang dan lunak, barulah lelapkan mata sehingga sejurus sebelum subuh keesokan harinya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707