Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Kedah dapat SUK baru..!

$
0
0

Mohd Puat dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah baru

NURUL FATIHAH SULAINI
5 Jun 2013

ALOR SETAR - Pegawai Kewangan Negeri (PKN), Datuk Mohd Puat Mohd Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah yang baru mulai Jumaat ini bagi menggantikan Datuk Rasli Basir.

Jawatan PKN diisi oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Khazali Din.

Penyerahan watikah pelantikan kepada mereka berdua disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Mohd Puat, 59, sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri termasuk Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Pengarah Upen, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Investment Centre (KIC).


Beliau juga pernah menyandang jawatan ahli lembaga pengarah Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah, anggota jawatankuasa penyusunan semula pihak berkuasa tempatan persekutuan, jawatankuasa kajian semula sistem Saga persekutuan.

Mohd Puat dilahirkan di Yan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Che Barni Mohd Noor dan mempunyai empat anak.

Khazali, 58, yang dilahirkan di Jitra pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Bendahari Negeri, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Aquaculture Sdn Bhd.

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda dan Datuk Bandar Alor Setar.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707